in

Individu Langgar SOP Akan Dikompaun Sehingga RM10,000 Mulai 11 Mac

Ft Kompaun 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan bagi pencegahan dan kawalan Covid-19 akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 bermula 11 Mac ini.


Perkara itu diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021dan mana-mana syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.

Sop1

Menurut Sinar Harian, sebelum ini kesalahan yang dilakukan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 memperuntukkan hukuman maksimum penjara 6 bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun adalah:

  • Tidak memakai pelitup muka
  • Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal
  • Gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan
  • Merentas daerah atau negeri tanpa kebenaran
  • Aktiviti pusat hiburan

Sop

Menurut laporan Harian Metro, semua perbuatan menyalahi Ordinan Darurat kini boleh ditangkap manakala individu dijangkiti atau disyaki terkena jangkitan atau menjadi kontak pula boleh dipakaikan peranti pengesanan.

Ordinan Darurat tu diwartakan susulan Proklamasi Darurat dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong, mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan, pada 11 Januari lepas.

Pemasyhuran ordinan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong selepas berpuas hati, bahawa tindakan serta merta dikehendaki bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kadar kompaun tersebut dinaikkan, susulan penggantian Seksyen 25 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai kesihatan yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya.

Baca: “Tiada kuasa diberikan kepada mana-mana pihak pengurusan kondominium” – Ismail Sabri Tegaskan Hanya PDRM Ada Kuasa Bagi Kompaun

Saman2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.