in

Individu Kesal Duit Yang Disimpan di Rumah ‘Habis’ Kena Makan Anak-Anai

Ft Duit Dimakan Anai Anai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan menyimpan atau menabung ini ada manfaatnya, tetapi ia juga ada risikonya, terutamanya kepada yang masih mengamalkan kaedah yang disifatkan ‘tradisional’ dimana menyelit wang tunai di bawah tilam, letak dalam almari mahupun simpan di dalam tabung.


Risikonya adalah semua wang tunai itu boleh dimakan oleh anai-anai, boleh dilihat sendiri dalam video dari TikTok ini.

 

Terlampau menyimpan, last-last kena makan anai-anai

Dalam video yang berdurasi 9 saat itu, dilihat wang tunai yang diikat bernilai RM50 dan RM100 semuanya rosak dan ‘reput’. Jika diperhatikan, jumlahnya agak banyak kerana setiap nilai wang itu sangat tebal biarpun masih belum dikenal pasti jumlahnya.

@rasyada91

nk buat mcmne ni ye??#fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral

♬ Takkan Pisah – Arnasdiana✨

Video ini telah meraih lebih daripada 500K jumlah tontonan dalam masa sehari, menjengah ke ruangan komen, tuan empunya wang, @rasyada91 menyatakan bahawa dia menyimpan wang tersebut di dalam dompet, tetapi dia seorang yang jenis jarang keluar dan tak jenguk wangnya sampailah dapat tahu dimakan anai-anai.

Duit Dimakan Anai Anai

Bagaimanapun, ada yang menyatakan bahawa duit itu masih boleh diselamatkan jika membuat pertukaran di Bank Negara Malaysia.

Duit Dimakan Anai Anai 2 Duit Dimakan Anai Anai 3

Dalam pada itu, ramai juga yang memberi nasihat kepadanya agar ubah wang simpanan itu dalam bentuk emas kerana ia memberi lebih banyak manfaat.

Zaman makin maju, boleh simpan dalam bentuk pelaburan, dan macam-macam lagi sekurang-kurangnya dapat untung, duit simpanan pun selamat.

Baca : Simpan Duit Syiling Setiap Hari, Wanita Tak Sangka Berjaya Kumpul RM6,000!

Pagett

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.