in

“Indahnya, pergi di hari Jumaat pada bulan yang mulia” – Ustaz Dato’ Ismail Kamus Meninggal Dunia

Untitled Design 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Ismail Kamus seorang pendakwah tanah air dan juga pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.


Hari ini, menerusi Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia Ustaz Ismail Kamus dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau, di Ampang kira-kira 12:30 pagi tadi.

RASMI : DATO' ISMAIL KAMUS KEMBALI KE RAHMATULLAHTokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubtan Islam…

Posted by Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia on Thursday, May 7, 2020

Sebelum ini pada 26 April, Allahyarham pernah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung, strok ringan, dan mempunyai jangkitan kuman di paru-paru, lapor Awani.

Untuk pengetahuan, arwah juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan ‘Ahli Jawatankuasa PAS Pusat’.

Jenazah Allahyarham sudah diuruskan di Masjid As-Sobirin AU5, Keramat dan dikebumikan di tanah perkuburan AU4 .

Fb Img 1588901104661

Rata-rata netizen mengucapkan takziah dan berkongsi rasa sedih atas pemergian Allahyarham.

Pergi dimalam jumaat bulan yg mulia ramadhan.

Daruk Ismail Kamus 1

Saya pernah dapatkan rawatan di Darussalam dengan arwah Dato’

Datuk Ismail Kamus 2

Sementara itu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham.

Kami, dari Lobak Merah ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Dato’ Ismail Kamus, semoga arwah dicucuri rahmah dan di tempatkan di kalangan orang beriman.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Ya Allah mulianya pemergian Allayarham, di hari Jumaat, bulan Ramadan pula tu.

 

Baca: “Korang gila ke apa” – Nabila Huda Bengang Orang Ajak Selfie Masa Nenek Meninggal Dunia

Capture 20200508 134647 Crop

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.