in

Impian Nak Jadi ‘Pro Gamer’, OKU Main Mobile Legends Dengan Satu Tangan Buat Netizen Kagum

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ungkapan ini sesuai untuk menggambarkan situasi Muhammad Danish Danial, seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai impian untuk menjadi ‘pro gamer’.


Baru-baru ini, Danish ada meluahkan perasaan terkilannya di laman Twitter kerana tidak mendapat sokongan keluarga untuk beliau terus fokus dalam kerjaya bermain permainan video Mobile Legends.

“nak mintak tolong rt until pro player tahu yang malaysia pun ade orang oku main ML dgn satu tangan je”

Ya, anda tidak salah baca. Danish bermain Mobile Legends dengan hanya menggunakan satu tangan! Malah berdasarkan gambar statistik dan rekod permainan beliau, rata-rata memuji dan terkejut dengan statistik yang agak membanggakan.

3 9

Danish turut ada berkongsikan video gameplay beliau. Ha cuba korang tengok ni, main guna satu tangan je tau!

Buat korang yang musykil macam mana Danish boleh main Mobile Legends dengan menggunakan satu tangan je, Danish turut ada berkongsikan rakaman beliau sedang bermain Mobile Legends. Ini baru betul fast hand!

Di akhir perkongsian ini, Danish ada berkongsikan Facebook Page milik beliau. Ha tunggu apa lagi? Pergi like page tu sekarang!

4 7

Semoga impian beliau untuk menjadi pro gamer tercapai. Amin!

P/s: Korang yang main ML guna dua tangan tapi masih feed, elok main Candy Cruh jela.

 

BACA: “Power lah nek!” – Nenek Umur 90 Tahun Diiktiraf Sebagai Gamer Tertua di Dunia

Capture 23

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.