in

Angkara ‘Mobile Legend’, Lelaki Bergaduh Sampai Cedera & Masuk Hospital

Gaduh Mobile Legend

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Permainan atas talian atau online games boleh jadi sangat mengasyikkan dan sangat menghiburkan.


Namun lain ceritanya di Telok Mas, Melaka apabila ada beberapa orang individu bergaduh sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk.

Dalam kejadian jam 5 pagi, seorang pelayan restoran berusia 25 tahun diajak rakannya yang berumur 22 tahun ke lokasi untuk menyelesaikan perselisihan faham berhubung isu enggan bermain permainan ‘Mobile Legend’ secara dalam talian.

Pexels Kindel Media 7714892
Gambar hiasan

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan mangsa enggan bermain permainan itu bersama dan ia telah menyebabkan kemarahan rakannya itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, menurut laporan, mangsa menyatakan sebaik mereka sampai, terdapat beberapa lelaki bermotosikal menunggu di stesen minyak terbabit.

“Beberapa minit kemudian muncul sekumpulan lagi lelaki juga bermotosikal terus memukul rakan mangsa.

Mangsa cuba membantu namun dihempuk dengan topi keledar hingga cedera di kepala, patah tulang hidung dan menerima beberapa jahitan di kepala ketika dirawat di Hospital Melaka.

Rakan mangsa turut menerima 10 jahitan di dahi,” katanya.

Sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) diketuai oleh Inspektor Mohd Shahrol Firdaus melakukan siasatan dan menahan tujuh lelaki berusia 16 hingga 28 tahun dalam dua serbuan di Jalan Kota Melaka kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 dan 148 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah dan melakukan gaduh gempar.

Disebabkan game je boleh jadi camni…

Baca: 11 Lelaki Ditahan Berhubung Kes Gaduh Beramai-ramai Di Inap Desa Dekat Batu Pahat

Gaduh Batu Pahat Family Day

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.