in

Iman Troye Jadi Artis Malaysia Ke-4 Hiasi Billboard New York Times Square

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejayaan bakat yang datang dari negara kita sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa ini sekaligus membuatkan kita turut sama rasa bangga.


Terbaru, penyanyi yang memulakan karier nyanyiannya dengan membuat cover lagu-lagu dari artis tempatan Nur Iman Alyssa Sahabuddin, atau lebih dikenali sebagai Iman Troye telah menjadi artis berhijab ketiga dapat hiasi papan gergasi digital tersohor di New York Times Square, Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan korang, wajah Iman yang menghiasi billboard terkemuka itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh Spotify.

Terdapat sebanyak 35 senarai lagu di dalam playlist EQUAL meliputi artis dari 50 negara dan Iman Troye merupakan wakil bagi Malaysia dan Singapura!

Melalui Instagram, Iman turut kongsikan keterujaannya ini kerana terpilih untuk mewakili Malaysia dan Singapura sekaligus dapat hiasi papan gergasi digital di New York City Time Square ini.

Manakala menerusi BH Online pula, Iman mengatakan yang dia bersyukur atas penghormatan yang diberi ini dan akui ia merupakan kejayaan terbesar buatnya yang masih agak baru dalam industri muzik tempatan.

Alhamdulillah, saya bersyukur atas penghormatan ini. Ia satu kejayaan besar buat saya yang masih agak hijau dalam industri muzik tempatan.

Apatah lagi, saya seorang penyanyi wanita yang berhijab. Moga ini akan menjadi penyuntik semangat untuk saya terus berkongsi bakat.”

Untuk pengetahuan korang, Iman Troye merupakan artis keempat yang pernah ditampilkan di papan iklan terkenal ini selepas Yuna, Layla Sania dan DOLLA pada September lalu.

Wowww tahniah Iman!!!

 

Baca: “Kebangaan Malaysia!” – Wajah Yuna Hiasi Times Square New York

Screenshot 2021 11 18 At 12.22.03 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.