in

Imam Dipukul Orang Tidak Siuman, Netizen Terhibur Lihat Skil Imam Mengelak

Imm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ramai yang telah menonton video viral yang memaparkan seorang lelaki yang bertindak menyerang seorang imam ketika solat Subuh di media sosial.


Walau bagaimanapun, warganet nampaknya lebih terhibur melihat ‘skil’ imam mengelak pukulan orang tidak siuman tersebut. Entah bagaimana imam sempat mengelak sebelum penyerang berjaya dihentikan oleh orang ramai.

Kejadian ini berlaku di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada pagi Ahad.

Kira-kira jam 6.18 pagi, suspek berusia dalam lingkungan 40-an, berpakaian baju Melayu warna ungu berkain pelikat serta berseluar hitam datang secara tiba-tiba menyerang imam dari belakang.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, imam terbabit adalah imam jemputan, seorang pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang dijemput untuk mengimamkan solat Subuh untuk Program Khatam Subuh 2.0.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita Harian (@beritaharian)

“Semasa solat Subuh rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shutter’ masjid di laluan berhadapan bank CIMB.”

“Lebih kurang 1 minit selepas itu, ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki kurang siuman telah bertindak menolak jemaah belakang dan menuju ke arah imam terbabit.”

“Secara serta-merta memukul imam itu dengan selipar yang berada di tangannya. Imam terus mengelakkan diri daripada serangan itu menyebabkan solat dihentikan.”

Walau bagaimanapun, Imam Besar Masjid Negeri 1, Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah memohon agar penularan video tersebut dihentikan.

“Setelah pengumuman ini, pihak masjid tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang akan berdepan dengan tindakan undang-undang disebabkan penyebaran video tersebut.”

Penulis masih lagi tak boleh move on dengan skil imam mengelak. Hebat!

Sumber: Sinar Harian

Baca: MAIS Larang Guna Khidmat Imam Luar Negara Untuk Solat Tarawih

Imam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.