in

Ibu Sanggup Naik Bas Dari Selangor Ke Melaka Demi Sambut Anak Keluar Dari Penjara

Ibu Jemput Anak Dari Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan sebuah program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) sempena Aidilfitri ini.


Program ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia membabitkan pelepasan lebih 1,000 Orang Bebas Berlesen sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

Dalam laporan Harian Metro, seorang ibu tunggal sanggup menaiki bas persiaran dari Selangor untuk menjemput anaknya yang keluar dari penjara Sungai Udang, Melaka.

Cats 44

Walaupun letih berupasa, wanita yang dikenali sebagai Azah itu mengambil keputusan untuk membeli tiket dari Selangor ke Melaka sejurus mendapat tahu anak sulungnya yang dikenali sebagai Nurul itu akan dibebaskan lebih awal dari tarikh sepatutnya.

“Sepatutnya kami tidak dapat beraya dan berpuasa bersama tetapi alhamdulillah, syukur rezeki kami sekeluarga apabila dia (Nurul) dibebaskan awal daripada tarikh yang sepatutnya iaitu pada 12 Mei ini.

Mulanya bila dapat panggilan daripada pihak penjara bulan lalu, saya tidak percaya dan perasaan bercampur baur sedih, terharu, gembira dan syukur… sebab itu hari ini, macam mana sekalipun saya berusaha hadirkan diri untuk menjemput dia sendiri,” katanya.

Difahamkan, Nurul dipenjarakan sejak Februari lalu akibat kesalahan berkaitan dengan dadah, dia turut berjanji tidak akan berpatah balik ke belakang dan berubah menjadi seorang yang lebih baik untuk diri sendiri, ibu dan anak-anaknya.

Baca: Dipenjara Dari 1983, Pak Jamil Hayat Banduan Seumur Hidup Kini Bebas

Pak Jamil Banduan Lama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.