in

Ibu Lapor Polis Anak Cedera Dirotan Guru Besar Gara-gara Tak Siap ‘Homework’

Anak Cedera Dirotan Guru Besar

Gara-gara gagal menyiapkan kerja sekolah, seorang pelajar lelaki Tahun Lima sebuah sekolah rendah di Segamat mendakwa dirotan oleh guru besar sekolah berkenaan.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan di badan serta beberapa bahagian muka telah menyebabkan ibunya bertindak membuat laporan polis.

“Pada jam 12.10 pagi (Rabu), satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa mengatakan anaknya yang merupakan pelajar Tahun Lima sekolah itu mengalami cedera pada bahagian leher kiri, bahu kiri dan calar di muka akibat dirotan seorang guru besar wanita berusia 50-an.

Ibu Rotan Merotan Murid

“Siasatan awal mendapati pelajar itu telah dirotan oleh guru berkenaan disebabkan mangsa gagal menyiapkan kerja sekolah dan bersikap sambil lewa semasa sesi pembelajaran di sekolah,” kata Polis Daerah Segamat.

Susulan kejadian itu, guru terbabit telah diambil keterangan oleh pihak polis dan siasatan masih dijalankan.

Anak trauma dirotan

Memetik laporan Kosmo!, ibu pelajar terbabit setuju dengan tindakan merotan, tetapi bukan sehingga mencederakan.

“Ketika saya sekolah dulu, guru dibenarkan merotan, tetapi merotan yang tidak mencederakan.

“Ketika itu tidak jadi kesalahan pun (guru rotan murid). Tetapi bezanya sekarang ini ada segelintir guru yang merotan sehingga tahap keterlaluan seolah melepaskan geram.

“Dalam situasi yang tertentu, kita kena balik pada yang asas juga. Tidak salah rotan untuk mendidik, tetapi bukan mencederakan dan mendatangkan trauma, seperti yang berlaku kepada anak saya,” katanya.

Dia juga tidak bersetuju dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak membenarkan anak dirotan walaupun melakukan kesalahan sehingga mencetuskan hubungan antara keluarga dan pihak sekolah.

Harap kes ini dapat diselesaikan secara adil.

Baca: Kecoh Kes Cikgu Gigit Bibir Murid, Ini 7 Cara Untuk Pastikan Anak Korang Selamat Di Sekolah
Collage 13

Sumber: Kosmo!