Bukan ke patutnya tugas seorang ibu tu untuk lindungi anak dorang? Inilah masalahnya bila orang bagi anak dekat kau, kau buat anak macam binatang. Admin memang tak bolehlah dengan orang macamni. Sakit hati!
Menurut Awani, kejadian yang berlaku di Kuching, Sarawak ini berlaku hampir setiap hari selama dua tahun. Setiap hari remaja berusia 17 tahun ini akan dicabul oleh bapanya ketika dalam perjalanan pulang dan pergi ke sekolah.
Namun pada Jumaat lepas, nafsu lelaki ini tak dapat ditahan lagi dan dia telah mencabul remaja ini semasa isterinya sedang menjemur pakaian sebelum merogol anaknya ini dalam semak ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Kalau korang nak tahu, sebelum ini lelaki kejam ini turut mengugut dan menampar anaknya bagi menghalang remaja ini dari menceritakan tentang perbuatan kejinya itu.
Yang sakit hatinya, remaja ini pernah memberitahu ibunya tentang perbuatan bapanya ini namun aduannya tak diendahkan.
Perbuatan jijik ini terbongkar apabila mangsa memberitahu gurunya tentang apa yang berlaku selepas dia dipanggil Selasa lalu kerana sering ponteng sekolah.
Remaja ini memberitahu gurunya yang dia enggan ke sekolah kerana sering menjadi mangsa cabul bapanya ini setiap kali mereka dalam perjalanan pulang atau pergi ke sekolah.
Lelaki ini dikatakan sanggup menggunakan jalan yang jauh sebelum menghentikan motosikal di kawasan yang sunyi untuk melempiaskan nafsu serakah.
Ekoran dari pengakuan dari mangsa tersebut, guru ini telah membuat laporan polis sebelum pihak polis menahan suspek di rumahnya.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan mengesahkan penangkapan ini dan dikatakan berjaya mendapatkan pengakuan suspek tentang perbuatan kejinya ini.
“Mangsa tinggal betiga bersama-sama suspek dan isterinya, dan menjadi anak angkat pasangan berkenaan sejak bayi.
“Kerana mereka tidak mempunyai anak, ibu kandung mangsa yang juga merupakan kakak kepada ibu angkat telah menyerahkan anaknya untuk mereka pelihara.”
Suspek kini telah dibawa ke Mahkamah Kuching semalam untuk direman enam hari bermula semalam.
Entah apalah perasaan ibu kandung budak ni bila dapat tahu anak yang dia sanggup bagi dekat adik sendiri kena macam ni?