in

“Ia salah dan tak beretika” – Peguam Alan Razak Persoal Kredibiliti Ketua Pesuruhjaya SPRM Dedah Audio Najib & Rosmah

Featured Image Al Lk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, selepas tidak lagi bergelar Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abd Razak kini hanya merupakan ahli parlimen Pekan.


Namun begitu, beliau kerap kali turun naik mahkamah selepas terpalit dengan pelbagai dakwaan skandal terhadap dirinya.

Tapi, beliau tetap kelihatan tenang selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman terhadap dirinya.

Baru-baru ni, Ketua Pesuruhanjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, telah membuat satu sidang media bagi mendedahkan perbualan audio beberapa individu termasuk di antara bekas perdana menteri itu dan isterinya, Datin Seri Rosmah.

Lk
Sumber: astro awani

Rakaman audio yang lebih kurang 5 minit lebih itu memperdengarkan suara Najib dan Rosmah yang sedang membincangkan sesuatu perkara.

Ramai juga yang sebenarnya terkejut dengan pendedahan tersebut.

Namun begitu, seorang peguam muda yang dikenali sebagai Alan Razak telah memuat naik sebuah posting di laman Facebook miliknya dengan menyuarakan pendapat dia mengenai isu ini.

“Betul ke Najib salah macam apa yang aku dengar dalam video tu?”—————————————Dengar sini baik-baik. Korang semua…

Posted by Alan Azlan on Wednesday, January 8, 2020

“Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Rakaman suara disebarkan di media. Sangat salah dan tak beretika.” Katanya.

Menurut Alan, pendedahan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan tanggungjawab untuk ketua SPRM tersebut untuk membuat sidang media bagi mendedahkan rakaman tersebut.

Tambahnya lagi, tugas pencegah rasuah adalah untuk mencegah individu yang terlibat dalam rasuah dan kemudiannya jika benar didapati terlibat, baru lah ia boleh di dakwa melalui mahkamah.

Due process of the law  pulak maksudnya kena menerusi proses yang undang-undang dah sediakan.”

“Lebih jelas lagi kalau ada bukti-bukti yang dijumpai dan dipercayai ada kaitan dengan seseorang dalam penglibatan aktiviti rasuah, maka undang-undang memperuntukkan untuk laporan dibuat kepada pihak berkuasa dan sekiranya Peguam Negara berpuas hati terdapat kes maka pendakwaan boleh dibuat.” Alan.

Alan juga turut berkata jika benar bekas perdana menteri dan isteri itu memang melakukan kesalahan, hukum mereka dengan seadilnya seperti yang tertakluk dalam undang-undang negara.

Hah korang pun, kalau dapat sesuatu benda yang tak pasti, jangan terus sebar je tau. Selidik dulu.

 

Baca: “Saya tak setuju wanita Islam dipaksa pakai tudung” – Latheefa Koya

Cvb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.