in

“I kerja keras bukan untuk pergi lepak mamak” – Kerap Ajak Dating Mamak, Instafamous Tak Suka Couple Dengan Lelaki Melayu

Tak Suka Lepak Mamak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap dari kita terutamanya golongan wanita mempunyai minat dan keinginan sendiri akan lelaki mana yang kita nak pilih sebagai teman hidup. Ada yang suka lelaki simple dan biasa-biasa saja. Ada pula yang suka lelaki berduit dan kerap melayannya dengan beri hadiah.


Baru-baru ni, viral di Twitter video seorang instafamous yang terkenal dengan nama Darling Sara buat pengakuan kononnya dia tak suka ‘berpacaran’ dengan lelaki Melayu. Alasannya mudah je. Dia tak suka dating dekat kedai mamak!

 

“Sorrylah bukan memilih, i kerja keras bukan untuk lepak mamak. I nak fine dining” 

Seperti yang korang boleh dengar kat video di atas, Sara mengaku yang dia tak suka berpasangan dengan lelaki Melayu kerana mereka kerap ajak dating di kedai mamak.

Baginya, dia lebih memilih untuk makan ala ‘fine dining’ dan sentiasa dikejutkan dengan hadiah daripada pasangan. Tak cukup dengan tu, Sara juga mengaku yang kebanyakan lelaki Melayu tak bertahan lama dengannya sebab dia ni sejenis yang mengada-ada. Oh macam tu… 

Sara 2
sumber: instagram

 

“Lawak la sis ni, cakap je la nak laki ada duit” 

Rata-rata netizen seperti yang korang dapat agak telah mengecam Sara sebagai gadis yang mengada-ngada dan hanya mencari lelaki yang berduit. Yelah kalau nak makan fine dining, mesti lelaki yang nak belanja tu kena ada fulusss kan? 

Laki Berduit
sumber: twitter

 

“At least this girl is honest. Terus cakap je preference dia. Takde nak berlapis lapis” 

Apa-apapun, ada di kalangan netizen yang setuju dengan kenyataan Sara ni sebab dia straight to the point dan tak berlapik-lapik. Tak adalah dia mempermainkan hati lelaki kat luar sana kan? So lelaki yang nak dekati dia pun tahu type dia macam mana.

Ikhlas
sumber: twitter

So apa pendapat korang? Suka dating mamak ke fine dining? Bagi min, lain orang lain minatnya. Jadi terpulanglah kepada individu tu apa yang dia cari dalam satu perhubungan. 

Baca: “Dah berpunya ke tu?” – Geng Lelaki Lepak Mamak Bincang Soal Agama Tarik Perhatian Gegadis Di Twitter

Mamak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.