‘Hulk’ Brazil Berat 104KG Buat Video Instagram, Ugut Nak ‘Koyak’ Kepala Sajad!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi korang yang tak tahu (rasanya ramai tak tahu, termasuk admin), ‘Hulk’ Brazil ni adalah gelaran yang diberi kepada Romario dos Santos Alves. Lelaki berusia 29 tahun ni merupakan ahli bina badan yang masuk pertandingan MMA.

Sumber: Instagram

Hangat diperkatakan dekat internet baru-baru ni pasal Romario buat video di Instagram dia bulan lepas. Dalam video tu, Romario yang berat badannya 104 kilogram tu ugut nak ‘koyakkan’ kepala Sajad! OMG!!!

Tapi korang jangan tertipu, sebenarnya bukan Sajad Malaysia lah! Menurut Harian Metro, Romario telah dicabar oleh seorang lagi ahli MMA lain bernama Sajad Gharibi. Sajad atau digelar ‘Hulk’ Iran itu mempunyai berat badan 176.9 kilogram dan telah mencabar sesiapa saja yang berani bertarung dengannya.

“Beranikan diri dan jemput saya bertarung, bukan bersembunyi di belakang penaja anda.”

Sumber: Instagram

Difahamkan, Sajad dah buat pengumuman yang dia terima cabaran daripada seseorang dari Brazil dan pertarungan itu akan berlangsung hujung tahun ini. Laaaa lambat lagi…

Meskipun Sajad tak mendedahkan nama pihak lawan, tapi ramai netizen buat spekulasi yang pencabar dia tu adalah Romario. Bagaimanapun, ramai yang mengatakan Sajad mempunyai kelebihan dari segi saiz badan tetapi tidak semestinya menang. Disebabkan itu, ramai yang ternanti-nanti pertarungan dua ahli bina badan tersebut.

Kusss semangat, ingatkan nak koyakkan kepala Sajadiah yang lagi satu tuuuuu (korang pun tau siapa kan). 

Baca: Korean Barbie Monster : Wanita Berwajah Comel Badan Macam ‘Hulk’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!