Hong Kong ‘Destinasi’ Terbaharu Filem Sheriff, Digemari Selebriti Terkenal Eric Tsang

Tambah ke Sumber Pilihan
Hong Kong ‘Destinasi’ Terbaharu Filem Sheriff, Digemari Selebriti Terkenal Eric Tsang

Kegagalan filem Sheriff di Indonesia nyata tidak mematahkan semangat Syafiq Yusof yang kini memasarkan filem berkenaan di Hong Kong pula.

Lebih membanggakan, selebriti terkenal dari negara berkenaan, Eric Tsang menggemari filem berkenaan sehinggakan dia ingin berlakon sekiranya ada Sherif 2.


Artikel berkaitan : “Poster dalam Bahasa Cina!” – Syafiq Yusof Umum Filem ‘Sheriff’ Bakal Tayang Di Hong Kong

Artikel berkaitan : Tidak Mendapat Sambutan, Syafiq Yusof Akur Banyak Tayangan Filem Sheriff Di Indonesia Telah Diturunkan Secara Drastik

Perkara tersebut didedahkan oleh Syafiq dalam satu posting di X baru-baru ini yang turut mengucapkan terima kasih kepada Eric kerana sempat mempromosikan filem berkenaan di Hong Kong.

Menerusi hantaran video yang diambil ketika tayangan perdana filem Sheriff di Hong Kong baru-baru ini, kelihatan pelakon tersebut mempromosikan filem Sheriff dan sempat berseloroh ingin berkerjasama dengan pengarah tersebut.

“Jangan lupa saksikan Sheriff di Hong Kong, ini pengarah saya, dia jemput saya hari ini, untuk hasilkan filem gengster” 

Selain Eric, tayangan perdana Sheriff turut dihadiri oleh ramai penggiat filem di Hong Kong.

Gpxwcjibwaa6SbuSumber: X

Terdahulu, Syafiq juga ada mengulas tentang kegagalan Sheriff di Indonesia dan menafikan dakwaan kononnya penonton di sana tidak menyokong filem Malaysia.

Tambahnya lagi, dia meletakkan kesalahan tersebut di atas dirinya sendiri dan akui Sheriff masih jauh sekiranya ingin dibandingkan dengan filem aksi daripada Indonesia.

Sumber : X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Hong Kong ‘Destinasi’ Terbaharu Filem Sheriff, Digemari Selebriti Terkenal Eric Tsang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/hong-kong-destinasi-terbaharu-filem-sheriff-digemari-selebriti-terkenal-eric-tsang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM