in

“Hati umi lemah tengok adik terbaring kaku dgn alat bantuan pernafasan”- Ibu Kongsi Gurauan Anak Sebelum ‘Longlai’ Hidu Gas Beracun Metana di Johor

Feat 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati ibu mana yang tak sayu bila lihat anak dalam kesusahan atau ditimpa kecelakaan. Lebih-lebih lagi ia merupanya nyawa yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari dengan penuh sabar dan kasih sayang.


Tapi apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan ini membuatkan ibunya tidak keruan seperti pujangga ; mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.

Perkongsian wanita ini di facebook, Noor Atikah Daud mengenai anak perempuannya yang menjadi salah seorang mangsa terhidu gas beracun di Johor, benar-benar buat netizen sebak.

 

Masih tergiang giang ditelingaku semasa bersalam sebelum adik keluar ke sekolah dihari kejadian

ASSALAMUALAIKUM SEMUA SHBT2 fb yg mengenaliku ataupun tidak….

Mohon solat hajat dn doa dari kalian semua utk Allah berikan kesembuhan buat Anakndaku yg dikasihi AFFZA BALQIS BINTI AHMAD SAHREL panggilan manja “Adik”, 14 tahun dari Smk Tg Puteri Resort Pasir Gudang yg kini dlm keadaan kritikal di Icu Hospital Sultan Ismail, Johor akibat terhidu gas methana (beracun) yg menular di pasir gudang (perbuatan pihak yg tdk bertangungjawab) sekarang mengakibatkan majoriti mangsa2nya adalah anak2 sekolah yg xberdosa…..

53633575 2029172257384286 4733145369980960768 N

Masih tergiang giang ditelingaku semasa berslm sebelum adik keluar ke sekolah dihari kejadian 12/3/19…..

Adik: ummi…., adik cantik kan..( sambil peluk dn cium ummi dgn manja)
Ummi: ya syg….adik cannntiiikk sgt2, tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik cantik niat krn Allah tau…
Adik: ya ummi..( sambil kukucup dahinya)

-Dgn bapanya pula dia cium dn peluk erat2 smbil berkata adik nk peluk bapa.( seorg anak yg manja dn taat pd ibubapa).

53532432 2029172387384273 376930603389419520 N

Ummi Bapa redha dgn ujian Allah ini tapi bila ummiBapa tgok adik terbaring kaku dgn alat bntuan pernafasan dn segala mcm alat membuatkan hati ummibapa lemah dn longlai seluruh anggota…ummibapa hanya mampu menadah tgn pd yg Esa mohon diberi keajaiban dariNya bagi kesembuhan adik syg.
#ummibapasertakeluargasygadik
#adikkuatummiyakin
#adikcantikrohanidnjasmani
#doakamisemuabuatadik

Semoga ibu dan bapa kepada adik ini terus kuat dan cekal menghadapi dugaan ini. Sebagai rakyat Malaysia kita akan terus mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa yang terhidu gas beracun di Johor ini.

Kepada pihak bertanggungjawab semoga kalian mendapat hukuman sewajarnya dan setimpal dengan perbuatan tak berperikemanusiaan ini.

Baca : “Erti sebenar seorang hero”  Kerana Sibuk Selamatkan Nyawa 30 Pelajar Dari Gas Beracun, Pemandu Ambulans Kini Terlantar di ICU

Hero

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.