in

“Hati-hati, takut ada yang ambil kesempatan” – Harga Di ElewsMart Terlajak Murah, Netizen Nasihat Agar Ebit Liew Waspada

Untitled Design 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seriuslah harga murah macam ni? Ada untung ke? Itu antara komen netizen yang terkejut dengan harga yang ditawarkan sempena pembukaan pasar raya Elews Mart milik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Liew. Sebelum ini nama Ustaz Ebit Lew sering tular di laman sosial dek kerana sikapnya yang sering membantu orang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa.


Harga yang ditawarkan Ebit memang sukar untuk ditandingi kedai-kedai runcit yang lain tetapi promosi itu hanyalah bersempena dengan pembukaan sahaja.

Whatsapp Image 2020 07 12 At 6.40.22 Pm 780X470 1

Ramai netizen yang terkejut dengan harga jualan yang seakan tidak masuk akal itu. Manakan tidak, kicap Cap Kipas Udang yang famous itu hanya berharga RM1 je…

Disebabkan itu juga, terdapat netizen yang mengingatkan Ebit Lew supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya daripada segi kawalan pembelian bagi setiap ahli keluarga.

1 4

2 3

Menurut posting IG di akaun Ustaz Ebit Liew sendiri, berkemungkinan kedai Elews Mart bakal membuat pembukaan rasmi pada 18 Julai depan di Bandar Baru Bangi, dan kawasan Kajang pada 19 julai dan 8 kawasan lain akan dibuka pada minggu seterusnya secara berperingkat.

Semoga segala niat baik Ustaz Ebit Liew ini dipermudahkan dan dilancarkan…

Baca:Nak lihat orang ramai tersenyum”  – Ustaz Ebit Lew Buka 10 Cawangan Pasaraya Murah Untuk Bantu Golongan Susah

Aaa

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.