in

Hati-Hati! Pak Arab ‘Kaki Kencing’ Aktif Di R&R, Cerita Kononnya Dia Disamun Sebelum ‘Paksa’ Mangsa Beri Duit.

Featured 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia ni memang terkenal dengan sifat pemurah dan selalu bersangka baik terhadap orang lain malah kita mudah simpati dengan orang walaupun baru kenal tak sampai 5 minit.


Walaupun perkara tersebut adalah sesuatu yang baik namun adakalanya kita perlu lebih berhati-berhati sebab akan ada manusia yang berhati busuk ambil kesempatan diatas kebaikan tersebut.

Sejak dua tiga hari lepas, viral ni media sosial kisah satu keluarga Pak Arab yang menipu orang ramai especially perempuan atau orang tua...kalau jumpa, ketuk je kepala dengan tukul.

Modus operandinya mudah iaitu dengan menjaja cerita yang kononnya dia disamun, lepas tu dia akan tunjukkan ‘bukti’ laporan polis sebelum minta duit sebagai tanda simpati keatas dirinya.

Tempat dia buat ‘kerja kotor’ ni pun bukan biasa-biasa, sebab dia akan pergi ke kawasan tumpuan ramai iaitu Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) atau pun stesen minyak terpilih..pandai pulak dia cari sarang!

Part paling best bila dia terasa nak terkantoi sebab ditanya soalan macam-macam, dia akan terus masuk kereta dan memecut laju malah ada kalanya seperti nak melanggar mangsa.

Tau pulak lari bila nak panggil polis!

https://www.facebook.com/dhilla.shukri/videos/pcb.10218271394084351/10218271387844195/?type=3&theater

Kalau korang nak tau kisah ‘real’ yang berlaku, kat sini admin kongsikan status yang dimuat naik seorang wanita, Nur Dhila yang berhadapan situasi tersebut 21 Januari lepas.

Cerita ni agak panjang, tapi tolong ambil masa korang sikit untuk baca supaya tak jadi mangsa lepas ni okay.

Jaja cerita kena samun, tunjuk report polis & minta duit

HATI2.!!

Modus operandi akan tahan kereta minta duit. Die akan minta simpati dgn pelbagai cara.. Most feedback sy dapat dan sy sendiri kena.. die akan tunjuk “report polis” (untuk yakinkan cerita dia) konon2 die kena ragut dan tunjuk anak bini utk raih simpati.

We all dh pernah kena sebelum ni. Die aim kereta area R&R & petrol pam. Sebelum ni die guna myvi putih, kami kena masa di petrol pam bukit gantang.

Die rapat kereta kami minta duit. Bila suami minta tengok detail report polis & nak call polis die laju tekan minyak.. nasib baik suami sempat elak. (Suami syak ada yg x kena sbb die sembunyi nset kt alas kaki kereta tapi husb nampak- smart phone. Kata kena rompak tinggal sehelai spinggang apa xde tapi ade je nset & die agak pushy)

Tadi kali ke 2 die datang minta duit pd husband, die block kereta husb minta duit..kebetulan husband baru alihkan kereta (hujan lebat) nk ambil sy & anak2 di a&w r&r seramban sebab hujan..

51040491 10218271584169103 6006337095726006272 N
Sumber : facebook

Bila dah nak kantoi, lari pecut kereta

Tapi husband sy cam muka pak arab (mau x cam muka orang speeding nk rempuh die). Sy pun cam muka die. Husband suruh die tunggu sekejap.. (nak call polis.. tapi die dh cabut)

Lepas ambil kami.. husb nampak kereta pak arab tu himpit kereta lain (rasa kasihan sbb accord tu dalamnya perempuan) dan ada orang lain juga tengah rakam bgtau husb pak arab tu tgh minta duit kt kereta tu.

Suami cuba rampas kunci kereta n nk report polis. Tapi x berjaya. Lepas die cabut lari, kami sempat tanya mangsa perempuan tu.. die kata “pak arab tu sindiket minta duit” tapi kami x tanya detail sebab hujan makin lebat.

Keychain kunci kereta yang suami sempat rampas

 

50463109 10218271717692441 377360443716403200 N
Sumber : facebook

Husband dah buat report PLUS call centre.. hopefully pak arab ni tertangkap.

Pak arab ni akan speeding tekan minyak x fikir panjang. Jadi hati2 kerana pak arab ni merbahaya untuk warga malaysia.

Senang betul cari makan kat malaysia ni kan.. ?

x mustahil die “MENJAJA” “report” konon kena ragut tu untuk raih simpati pelancong asing.. Pasti pelancong rasa simpati & pd masa yg sama “mark” malaysia ni teruk/ x selamat.. BUAT MALU MALAYSIA AJE!

senang betul org luar ni buat duit, hidup mewah hasil “kebaikan” dan ehsan orang malaysia.. tp pd masa yang sama senang2 aja orang luar ni jatuhkan maruah rakyat malaysia.

Perkara PENTING yang perlu korang tau

??‍♀️golongan wanita memandu berseorangan/ hanya bersama ank kecil yg menjadi target “keluarga” ni:

Modus operandi sama: jaja report polis kata kena ragut, minta duit, jika x dpt mereka akan “mendesak” dan himpit rapat pintu kereta mangsa.

??‍♀️??‍♂️ pd hari yang sama, “keluarga” ji juga melakukan perkara ni di beberapa lokasi lain: nilai

??‍♂️??‍♀️ pelbagai jenis model kenderaan digunakan oleh “keluarga” yang sama ie : myvi, preve, BLM, Peugeot, exora gold, terbaru 22/01/19 honda city. 
Hebatkan! Makin up grade kereta die guna.

50853972 10218271387684191 2712497303142268928 N 1

??‍♂️rupanya adik sy pn dh pernah kena. ??‍♀️ masa tu Malaysia busy perhimpunan ICERT… 

Seperti biasa banyak rombongan bas membawa makcik2 dan nenek2 dari kampung2 untuk tujuan perhimpunan..

maka buncitlah pak arab ni sekeluarga pusing keliling R&R Kutip duit dari makcik2 dan nenek2 yg bersimpati.. adik saya perhati dengan mata sendiri..

Perkongsian wanita tersebut sehingga kini mendapat 3,202 shares di facebook, malah ramai yang berkongsi kisah yang sama dengan wanita tersebut.

So kepada wanita especially mak-mak atau makcik-makcik di luar sana, jangan mudah simpati dan hulur duit pada orang kita tak kenal.

Baca : Wanita Bekerja Sebagai Orang Gaji di Arab Saudi Dipaksa dan Diugut Majikan Untuk Melakukan Seks

Cabul Featured

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.