in

“Hari pertama dah ada 11 customer” – Lelaki Buat Servis Kejut Sahur & Berbuka Untuk ‘Geng’ Single

Single2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah masuk bulan puasa ni, masalah yang selalu kita hadapi adalah nak bangun sahurkan? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal jauh daripada kampung halaman mereka dan jenis yang single.


Faham dengan situasi ini, seorang pemuda dari Magelang, Jawa Tengah buat keputusan untuk jadikan ia sebegai satu peluang untuk buat perkhidmatan ini.

 

Caj percuma!

Menurut Tribunnews, tindakan lelaki ini jadi viral setelah di gantungkan banner servis yang dia buat tu.

Pemuda tersebut, Khoirul Anam menawarkan perkhidmatan kejut sahur menerusi telefon sepanjang bulan Ramadhan ini. Anam akan memfokuskan kepada orang-orang single, dan caj yang diberikan? Percuma!

Lapor Tribunnews lagi, dia muat naik servis dan promosi ini di Instagram dia dan meraih perhatian netizen dan berjaya dapat 11 orang pelanggan pada hari pertama. Bagaimanapun, dalam 11 orang tu, hanya 3 orang yang angkat panggilannya.

Saya dapat 11 orang, tapi 3 orang sahaja yang bangun, tapi tak ksah, apa yang penting adalah saya dah cuba.”

Single

Khoirul juga menjelaskan yang dia bersedia dari pukul 2 pagi sehingga waktu imsak untuk pastikan pelanggannya bangun sahur. Selain daripada itu, dia juga menawarkan serivs teman berbuka untuk mereka yang sunyi.

Jelasnya, tujuan dia sediakan percuma adalah kerana dia risau jika dia sendiri tertidur kalau mengenakan caj, jadi kedua-dua belah pihak tak rugi apa-apa.

Hurm, rasanya mungkin dia cuba nak membuat kebaikan kot di bulan puasa, harap murah lah rezekinya.

 

Baca : “Selalu lelaki je kene mcm ni” – [VIDEO] Suami Lama Sangat Shopping, Isteri Penat Tunggu Terduduk Pegang Makanan

Lapar

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.