Rata-rata selebriti zaman sekarang dah tak bergantung sangat dengan job menyanyi atau berlakon, malah dia orang lebih memandang ke hadapan dengan buka bisnes sendiri macam restoran dan lain-lain.
Admin sebenarnya tak tau pulak pelakon hebat, Nabila Huda sekarang ada buka warung bernama Waroeng Isabella yang mengetengahkan masakan asli Lombok dan Bali. Tapi baru-baru ni dengarnya ada feedback negatif pulak dari customer di media sosial.
“Makanan Waroeng Isabella is har-har hambar”
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen merungut yang masakan ikan gurami yang dipesannya itu tak sama langsung dengan apa yang ditunjukkan kat gambar. Senang cerita, dia kata makanan kat restoran Abil ni ‘hambar’ dan tak macam dia sangkakan. Tu belum lagi tunggu 2 jam nak dapatkan makanan.

“Hambar ke? Ikan gurami punya besar, harga RM15 kata hambar?”
Tak lama lepas tweet ni viral, owner Waroeng Isabella, Nabila Huda atau Abil beri jawapan balas kepada rungutan tersebut. Ini penjelasannya:
Hambar ke?ikan gurami ni punya besar,harga rm15 kata hambar?crack!would you spend a meal of Big Mac dekat McDonald’s walaupun Kau tau rupa dia tak sama Dalam gambar?but sis,tu McDonald’s,ada aircond ada proper Seat. Yang awak dtg tu,warung,food court.. https://t.co/HWBIcvu7Qn
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2019
1 ayam preparation 1 min..60 ayam 1 hour?betul? Kalau satu orang order 4 ayam. Macamana eh? Cuba la you Kira? Kitaorg bukan fast food,semua siap cepat. Ikan skali masuk kuali boleh 4 ekor.kalau dornag order 3 ekor?bukan purposely Nak suruh orang tunggu siot.
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2019
Ikan punya besar ,bayar rm15 pun complain. Siap ada nasi tau. Kitaorg punya extra rice pun bagi free la. pergi la kedai mana pun, nasi tambah Mesti kena bayar.. Apa lagi Yang tak cukup Eh? Sorry for bad experience.. maybe it just not your luck..semua datang makan,Cakap Sedap.
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2019
Admin dapat rasakan yang Abil memang marah jugaklah sebab ikan gurami yang disediakan kat warungnya tu memang agak besar walaupun presentation tak sama macam rupanya yang sebenar. Lagipun katanya, makanan di Mc Donald’s dengan KFC tu lagilah lain presentation vs reality, tapi orang still nak pi makan situ jugak? Emmm acaner?
“Cuba kalau orang tegur tu, first sekali kau minta maaf dulu”
Walaupun Abil dah bagi penjelasan di sebalik rugutan tersebut, netizen nampaknya macam tak puas hati dan ada yang cakap Abil ni macam tak boleh terima teguran pulak. Aduhai!

Apa-apapun bagi admin, sebagai owner kita perlulah take note teguran yang diberikan customer supaya servis yang kita berikan pada masa hadapan nanti akan lebih baik dari sebelumnya. Kalau masakan di warung Abil ni sedap, gerenti lagi ramai pelanggan datang tau!
Baca: “Aduh masuk air lah dia ni!” -Peminat Terhibur Tengok Nabila Huda Parodi 999