“Harap laki aku tak tengok video ni” – Video Perkahwinan Poligami Beramai-ramai Viral, Netizen Tabik Isteri Pertama Ikut Bersanding Sama!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Mana-mana lelaki kat luar sana janganlah berani-berani nak keluarkan isu pasal poligami. Orang perempuan ni walau macam mana redha pun mereka dengan hukum poligami ini, pasti sedikit sebanyak kaum wanita terasa dan terluka hati mereka tau!

Tapi admin sebenarnya agak pelik dan tertanya-tanya juga, bila baru-baru ni viral sebuah video yang menunjukkan majlis perkahwinan secara beramai-ramai melibatkan pasangan poligami di Facebook

 

Kakak madu bersanding bersama suami dan isteri muda?? 

Dalam video yang berdurasi 2.04 minit tersebut, 5 pasangan secara satu persatu dilihat melalui gerbang di satu majlis perkahwinan yang diadakan secara besar-besaran.

Semua pasangan tersebut merupakan pasangan poligami dan isteri baru mereka juga kalau tak isteri nombor dua, ia mungkin isteri nombor tiga! Wah bukan main-main abang-abang ni. 

Fuh betul2 kuat iman ni suami isteri 😅 atau balik rumah pastu bersilat hahaha. Tapi tgk semua isteri pertama paling lawa kan?

Posted by Zaidi Hassan on Monday, September 2, 2019

 

“Aku yang tengok ni berpeluh-peluh. Tabiklah pengantin dan kakak-kakak madunya” 

Admin yakin, bukan admin je yang tengok ni menggigil dan berpeluh tahan perasaan, netizen kat luar sana pun mengaku yang mereka tak ada kekuatan macam kakak-kakak madu di dalam video ni.

Tabahnya mereka siap boleh bersanding sama dengan madu masing-masing kan! Tabik hormatlah admin kepada mereka-mereka ni.

Sumber: Facebook

 

“Semua wife pertama lagi cantik and slim…” 

Sumber: Facebook

Apa-apapun kita doakanlah semoga perkahwinan mereka dirahmati Allah selalu. Bukan semua orang boleh jadi sekuat isteri-isteri pertama ni. 

Baca: “Saya tak pernah bagi izin…” – Tak Tahu Suami Poligami, Rupa-rupanya Berjiran Dengan Madu Sendiri!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!