Kalau korang nak tahu, baru-baru ni NTV7 ada lancarkan rancangan realiti terbaru yang dipanggil I Can See Your Voice Malaysia. Siapa peminat K-pop mesti tahu yang rancangan ni sebenarnya berasal dari Korea dan lepas dah diadaptasikan ke beberapa buah negara, Malaysia pun turut join sekali.
Bagi yang tak tahu konsep rancangan ni, meh admin terangkan:
- Tiap-tiap minggu akan ada artis undangan di mana dorang ni akan pilih salah sorang dari peserta untuk berduet dengan dorang kat penghujung rancangan
- Ada panel tetap dan jemputan, dorang ni dikira macam pembantu kepada artis undangan la bagi nak pilih penyanyi berbakat
- Peserta pulak terdiri daripada penyanyi berbakat dan penyanyi sumbang
- Setiap round, artis undangan akan singkir peserta yang dia rasakan adalah penyanyi sumbang sampailah tinggal sorang je yang akan berduet sekali.
Nasiblah kalau artis tu terpilih penyanyi sumbang untuk berduet!
Episod pertama yang ditayangkan pada Sabtu lalu, menampilkan Cakra Khan sebagai tetamu undangan. Selain pada tu, ramai lagi artis dijemput sebagai panel. Salah sorang daripadanya adalah artis muda yang baru dilanda dengan kontroversi iaitu Haqiem Rusli.
Walaupun baru je ditayangkan, ramai kat Twitter yang kecam si Haqiem ni. Dah kenapa pulak??
https://www.instagram.com/p/BmFuix5nECG/?taken-by=sepitsiput
Kebanyakan netizen bengang sebab Haqiem Rusli ni naik pentas dan terus rampas je mic peserta lelaki tu dek kerana suara dia sumbang. Enjoy je la.. lawak kot! Nampak pun rancangan hiburan…
Tapi ada jugak yang back up dan jelaskan that Haqiem Rusli sebenarnya ikut artis-artis lain sebelah dia yang suruh naik atas stage untuk bantu peserta tu nyanyi.
Lepas je ramai yang kecam, Haqiem Rusli terus meminta maaf dekat Twitter dia dan explain yang dia hanya nak have fun… Baguslah minta maaf daripada dia ignore je kannn…
Relaks gaiss, rancangan TV je pun…
Baca: Benci Tengok Drama Depresi Haqiem Rusli