in

Benci Tengok Drama Depresi Haqiem Rusli!

Hq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan lepas Haqiem Rusli dah jumpa pakar dan katanya didiagnosis ada mild depression, dah habis la cerita pasal ni. Tapi rupa-rupanya tak habis lagi kisah gimik depresi penyanyi Tergantung Sepi ni.


Menurut perkongsian di Twitter, ramai merasakan yang Haqiem ni tak habis-habis lagi duk berlakon pasal depresi yang dia alami. Kes ni timbul apabila ada yang cakap Haqiem tak jumpa pakar yang tepat untuk diagnosis kemurungan yang dialami. Alamak ye ke?

H3 1
sumber: nst
H2
sumber: nst

Pemilik akaun Twitter bergelar RI Fikri ni berkongsi satu informasi yang dia dapat daripada kawannya. Fikri cakap pakar yang Haqiem jumpa tu ialah pakar psikologi, bukannya pakar psikiatri. Apa bezanya?

Pakar psikologi ni katanya tak layak pun untuk diagnosis simptom kemurungan, apatah lagi untuk buat rawatan macam yang digembar-gemburkan. Fikri siap screenshot lagi perbualan dia dan kawan yang pernah alami kemurungan.

1 7
sumber: twitter
Komen1
sumber: twitter

Kawan Fikri tu jelaskan yang pakar psikiatri ambil masa tiga bulan untuk mengesahkan kemurungan yang dialami, bukannya dengan sekali pertemuan je dah boleh tahu ada depression macam yang Haqiem buat tu. Maknanya Haqiem masih buat gimik ke?

Perkongsian Fikri tu jadi tumpuan warga media sosial yang turut sama-sama berkongsi maklumat yang dorang tahu pasal depresi. Sebelum disahkan depresi, someone kena ada beberapa simptom dulu. Ada juga yang letak perbezaan antara pakar psikologi dan psikiatri.

5 2
sumber: twitter
4 2
sumber: twitter

Pun begitu, ada yang mempersoalkan hal ni dan meminta peminat bagi ruang kat Haqiem. Tapi tindakan tu dibidas balik oleh netizen yang menjelaskan bahawa orang-orang yang mengkritik tu cuma berkongsi apa yang dorang tahu.

Tambah-tambah ada yang pernah jalani rawatan dan masuk ward sebab depresi. Maknanya dorang bercakap daripada pengalaman.

6 1
sumber: twitter
7 1
sumber: twitter

Disebabkan ni, ramai makin yakin yang Haqiem ni masih berlakon drama depresi yang tak tahu bila nak habis. Ada juga yang mengaku dah naik muak tengok drama Haqiem ni. Siap ada yang dakwa Haqiem buat drama air mata sendiri lepas tu buat assessment mental sendiri. Mak ai, takkan la sampai macam tu gais.

Kutukkutuk 1
sumber: twitter
Bidasbidas 1
sumber: twitter

Maknanya gimik masih berterusan ke macam mana ni? Mohon Haqiem jelaskan situasi ni cepat-cepat sebelum jadi lebih teruk.

Baca: Caprice Maki Haqiem Rusli Isu Gimik Depresi

Cap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.