in

“Lain yang order, lain yang dapat” – Pasangan Terkejut Kucing Yang Dibeli Online Rupanya Anak Harimau Sumatera

Feat Online Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang gemar membeli barang secara online, sudah semestinya tidak semua barang yang sampai tersebut adalah sama dengan apa yang digambarkan seperti dalam iklan produk tersebut.



Namun, apa yang lebih rare, pasangan suami isteri dari Perancis ini pada asalnya telah membeli seekor kucing secara online untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Namun, kucing yang tiba tersebut adalah seekor anak harimau!

Online scam next-level sangat. 

 

Terpengaruh dengan iklan 2 tahun lepas

New York Post yang memetik laporan France Blue telah melaporkan pasangan dari Le Havre itu telah membeli seekor kucing liar baka Africa iaitu Savannah Cat.

Online Kucing
Gambar hiasan

Mereka berhasrat untuk membeli kucing tersebut selepas melihat iklan secara dalam talian, dua tahun yang lalu.

Mereka juga dikatakan telah membelanjakan sebanyak 7,000 euro bersamaan dengan RM34,276 untuk membeli haiwan berkenaan dan memeliharanya dengan lesen yang sah.

Fuh banyak tu! 

 

Anak Harimau Sumatera

Setelah kucing liar tersebut sampai di rumah, mereka mengesyaki ada perkara yang tidak kena sebelum mendapati kucing yang disangkakan baka Savannah Cat itu rupanya anak Harimau Sumatera.

Online Harimau 2
Gambar hiasan

Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia, Harimau Sumatera adalah spesis haiwan liar yang dilindungi kerana diancam kepupusan.

Dianggarkan hanya tinggal kurang daripada 400 ekor haiwan liar tersebut di seluruh dunia.

 

Jenayah pemerdagangan haiwan

Di Indonesia, siapa saja yang memburu dan menangkap harimau akan dikenakan hukuman penjara dan denda yang tinggi

Menurutnya wakil Tabung Hidupan Liar Sedunia, sesiapa sahaja yang memburu dan menangkap harimau akan dikenakan hukuman penjara dan denda yang tinggi di Indonesia.

Namun, masih banyak pihak yang masih menjual anggota badan haiwan liar berkenaan termasuk kulit di pasaran gelap di Sumatera dan negara-negara lain di Asia.

Pihak berkuasa Perancis telah berjaya menangkap sembilan individu yang dikesan menjalankan operasi pemerdagangan harimau berkenaan.

Pihak berkuasa juga percaya bahawa anak harimau itu pernah digunakan untuk penggambaran sebuah video lagu rap.

Namun, asal-usul anak harimau berkenaan masih belum dapat dipastikan. Anak harimau berkenaan telah dihantar ke Pejabat Biodiversiti Perancis untuk tindakan lanjut.

Tak pasal-pasal dah rugi. 

Baca: Dah lah jual RM 1.90 satu Hati-hati! Netizen Beli Mask Online Dapat Yang Recycle Kotak Kosong!

Baca Online

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.