Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan semua bentuk penginapan sewaan jangka pendek (STR) seperti Airbnb atau platform lain di unit kediaman di pulau berkenaan berkuatkuasa serta merta.
Perkara tersebut diberitahu oleh Datuk Bandar Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Rajendran Anthony berkata pengharaman tersebut meliputi semua harta kediaman persendirian dan ia meliputi enam jenis hartanah komersil.
Antaranya termasuk pangsapuri servis, pejabat rumah pejabat kecil (SoHo), pejabat fleksibel pejabat kecil (SoFo), pejabat maya pejabat kecil (SoVo), suite pejabat dan pejabat dupleks.
Walau bagaimanapun, mereka yang merancang untuk menawarkan STR dalam kategori komersial mesti mendapatkan kelulusan badan pengurusan bersama (JMB) atau syarikat pengurusan (MC) masing-masing.
Menjelaskan perkara demikian lebih lanjut, tambah Rajendran lagi, mereka perlu mendapatkan 75% undi “ya” daripada penduduk lain pada mesyuarat agung tahunan.
Tambah Rajendran, JMB dan MC kemudian berhak mengutip antara RM250 ke RM500 unit setahun dengan yuran pembaharuan sebanyak RM250 setiap tahun. Selain itu, unit tersebut juga perlu didaftarkan dengan MBPP selain pemilik perlu sediakan dokumentasi dari pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Bayaran lain termasukan bayaran deposit keselamatan one-time yang bakal dikenakan bermula dari RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
Syarat lain juga termasuklah unit STR tersebut hanya dibenarkan untuk sewaan maksimum selama 180 hari dalam setahun dan sewaan hanya dibenarkan untuk tiga hari sahaja dalam seminggu.
Menurut Rajendran lagi, undang-undang baharu tersebut memenuhi garis panduan STR kerajaan Pulau Pinang yang dikeluarkan pada 1 April, yang diluluskan oleh MBPP baru-baru ini dan penguatkuasaan garis panduan ini menepati undang-undang sedia ada.
Tambahnya lagi, perkara ini telah diuji dan dibawa ke mahkamah sebelum ini, dan Rajendran berkata undang-undang kecil majlis berkenaan STR akan dibentangkan pada persidangan DUN akan datang, yang akhirnya akan mengawal penyewaan unit komersial.
Pun begitu, menurut laporan, undang-undang tersebut tidak dikenakan di tanah besar.
Terdahulu, pengerusi jawatankuasa perancangan perumahan, kerajaan tempatan, bandar dan desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata “daftar masuk” di bangunan bertanah dan tinggi untuk rumah sewa jangka pendek akan diharamkan.
Ini berikutan banyak aduan daripada kumpulan penduduk di blok pangsapuri dan kondominium, dan di kawasan perumahan.
Baca : Isu Azan Di Penang: Peguam Persoal Kenapa Azan Kena Guna Speaker Kuat, Saran Guna Apps