in

Hanya Ada 2 Helai Pakaian Dalam, Lelaki Ini Dikatakan Akan Hidu Dulu Bau Dulu Sebelum Pakai

F1 Extreme Cpskt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini kami pernah kongsikan dengan anda kisah seorang wanita yang berjimat-cermat sehingga tak akan makan di restoran kecuali ada kawan yang nak belanja dirinya, kali ini kami nak kongsikan pula kisah seorang lelaki yang juga ada caranya tersendiri untuk hidup secara berhemat.



Memetik laporan daripada Lad Bible, pemuda yang tinggal di New York itu dikatakan mengakui dirinya merupakan seorang yang kedekut sebab dia hanya ada dua helai pakaian dalam atau seluar dalam je dalam kehidupannya.

Hidu Bau 2

Jadi, dia akan hidu dulu bau seluar dalam tu sebelum pakai untuk tahu sama ada seluar tu perlu dibasuh atau tidak. Fuh, extreme betul cara dia ni. Nasib baik dia je yang hidu, kalau orang lain, tak tahu la apa jadi. 

Selain itu, dia juga mengatakan dia akan guna semula setiap helai tisu yang telah digunakan untuk lap hidung. Helaian tisu tersebut akan dikeringkan di kawasan tingkap rumahnya untuk dapatkan cahaya matahari. Kalau macam ni, rasanya lebih baik kalau dia guna sapu tangan je, at least boleh la dibasuh jugak kan.

Hidu Bau 3

Lelaki ini yang dikenali sebagai Matt Rivera itu juga lebih gemar membuat sendiri protein shake dengan menggunakan sisa makanan seperti kulit pisang sebab dia ada rancang nak jadi ahli gusti, jadi untuk dapatkan bentuk badan yang sado, protein shakes tu penting.

Dia kini tinggal bersama ibunya untuk mengurangkan kos sara hidup di bandar besar itu. Namun, ibunya sendiri berpendapat apa yang dilakukan oleh anaknya itu bukanlah sesuatu yang pelik sebab baginya, Matt ialah seorang yang kreatif dalam menggunakan wang, bukannya kedekut.

Sebelum ini, Matt telah tampil dalam rancangan Extreme Cheapskates di saluran TLC pada tahun 2019.

Sumber: Lad Bible & TLC Extreme Cheapskates

Baca: Kali Terakhir Beli Pakaian Dalam Pada 1998, Wanita Ini Kongsi Cara ‘Extreme’ Jimat Duit

Hidu Bau 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.