in

Kali Terakhir Beli Pakaian Dalam Pada 1998, Wanita Ini Kongsi Cara ‘Extreme’ Jimat Duit

F2 Save Money

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup di bandar-bandar besar memang akan memaksa kita untuk hidup secara sederhana dan berjimat cermat. Kalau nak beli sesuatu, kena buat kira-kira dulu sebab takut menyesal di kemudian hari.


Buat seorang wanita yang tinggal di New York, Amerika Syarikat ini pula, dia memilih untuk hidup dengan caranya yang tersendiri untuk survive di kota itu. Memetik laporan daripada Mirror, dia yang dikenali sebagai Kate Hashimoto itu mengatakan dia tak pernah menggunakan mesin cuci di dobi untuk mencuci baju sebaliknya dia memilih untuk membasuh pakaian di tandas secara manual.

Save Money 2

Wanita yang telah tinggal di NYC selama tiga tahun ini berkongsi caranya untuk menjimatkan duit menerusi rancangan Extreme Cheapskates di TLC. Antaranya, dia tidak menggunakan katil sebaliknya hanya menggunakan beberapa lapisan tikar yoga sebagai tilam. Tak sakit ke belakang dia kalau macam ni? 

Selain itu, dia juga akan menggunakan sample produk yang didapati secara percuma untuk mandi. Yang paling mindblown, dah lapan tahun dia tak beli baju baru tau. Tahun 1998 pula merupakan tahun terakhir dia beli pakaian dalam. 

Save Money 3

Untuk menjimatkan wang juga, dia memilih untuk tidak menggunakan tisu tandas ketika membuang, sebaliknya dia akan guna sabun dan air untuk membersihkan diri. Tapi, yang ni kita kat Malaysia pun buat kan.

Kate yang merupakan seorang akauntan juga selalu menolak perlawaan rakan-rakannya untuk makan di restoran. Katanya, dia hanya akan makan kat luar kalau ada member yang nak belanja dia makan.

Apa pendapat korang tentang cara hidup wanita ni? 

Sumber: Mirror & TLC Extreme Cheapskates

Baca: “Next level kedekut”- Kenali Jutawan Yang Sanggup Makan ‘Cat Food’ Untuk Berjimat, Pisau Pun Lap Je

Save Money 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.