in

“Hantu tu siap senyum” – Ingatkan Main Sorang-sorang, Rupanya Ada ‘Kawan’ Kat Sebelah Dalam Gambar

Feature 4 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu juga kita dengar kisah orang yang ada kawan imaginasi ketika zaman kanak-kanak. Ada yang sampai besar pun masih berkawan lagi. Ada juga yang kata benda ni terjadi sebab hijab kanak-kanak masih terbuka ketika dorang kecil. 



Baru-baru ini viral di media sosial negara Filipina tentang gambar seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain rupanya ‘ditemani’ oleh lembaga lelaki yang menakutkan, lapor Philippine News.

Kawan 1

Difahamkan, kanak-kanak tersebut sedang bermain gelongsor bersendirian dan ibunya telah mengambil gambar ketika anaknya itu sedang bermain. Namun, bila mak dia tengok balik, rupanya ada benda lain di sebelah kanak-kanak tersebut.

Kawan 2

Difahamkan, gambar tersebut telah tular di Facebook Viral Videos dan ramai netizen negara itu yang berspekulasi tentang kehadiran lembaga seakan-akan memakai topeng itu. Ada yang kata nampak macam Momo Challenge yang pernah viral dulu tu. 

Kawan 3

Rupa-rupanya, bila mak dia tanya siapa yang main dengan dia dekat gelongsor tu, kanak-kanak tu kata itu ialah ‘Beto’. Mak ayah budak tu memang terkejut habis sebab Beto tu merupakan kawan imaginasi dia sejak kecil.

Selain itu, ada juga netizen yang mengatakan sebenarnya benda ni dah lama berlaku, cuma mungkin baru sekarang ada yang tularkan kot.

Jadi, persoalannya kat sini, Beto tu memang wujud ke? Kalau adik-adik korang pun ada imaginary friend ni, baik korang check dulu. 

Baca: “Lembaga tu tengah duduk atas balang kuih…” – Tengah Syok Beraya, Sekali Ada ‘Tetamu’ Lain

Kawan 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.