Apabila tiba hari penikahan, sudah pasti pelbagai persiapan yang akan dilakukan oleh pasangan pengantin untuk memastikan majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.
Tidak ketinggalan persediaan dulang hantaran yang dihiasi dengan rekaan yang cantik untuk diletakkan barang keperluan pengantin dan seterusnya diberikan kepada pasangan masing-masing sebagai tanda kenangan.
Pada kebiasaanya, barang hantaran ini terdiri daripada manisan, telekung, sejadah, alat solek, kasut dan bermacam lagi.
Namun, kali ini lain pula kisahnya apabila terdapat beberapa dulang hantaran telah diisi dengan barang keperluan dapur seperti minyak, tepung, gula dan lain-lain barangan dapur. Posting ini telah dikongsikan menerusi sebuah perkongsian di Twitter milik MelakaHijau,
https://twitter.com/MelakaHijau/status/1297444783426699264?s=20
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon dari netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang berseloroh mempersoalkan sama ada adakah itu hantaran atau bantuan bencana alam. Lawak lah korang ni.
Beri barang hantaran ikut kemampuan
Seperti yang korang tahu, pemberian hantaran ini merupakan salah satu adat dalam perkahwinan orang Melayu. Tujuan utama adalah untuk memberi pasangan barang keperluan peribadi secara tidak langsung dapat menyerikan majlis.
Walaupun begitu, sudah menjadi kebiasaan apabila pasangan pengantin akan memberi barang berjenama sehingga ada yang berhabis ribuan ringgit hanya pada dulang hantaran.
Oleh sebab itu, segelintir netizen berpendapat bahawa pengantin sewajarnya bebas dalam memilih jenis barang hantaran mengikut kemampuan masing-masing.
Jatuh air muka – Netizen
Walau bagaimanpun, tidak semua orang bersependapat dalam hal ini. Ada juga yang mengatakan hantaran ini perlulah diberi dalam bentuk yang berharga dan boleh dijadikan kenangan bersama selepas kahwin.
Jadi apa pendapat korang dengan barang hantaran ni? Kalau min, min bagi je barang yang biasa orang lain bagi. Biarlah murah janji bermanfaat.