in

Hampir 2 Tahun Tidak Bersua, Ini Yang Terjadi Bila Pasangan Kembar ‘Prank’ Ayah Mereka

2Kembar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia banyak memberi kesan kepada perhubungan keluarga. Banyak keluarga yang terpaksa berjauhan dan jarang berjumpa akibat travel ban oleh pihak kerajaan.



Untuk kali ni, min nak share pasal pasangan kembar seiras yang prank ayah dorang lepas 18 bulan tak bersua muka. Min akan cerita sikit background cerita @HoopFinesse sebelum korang tengok videonya dibawah.

Screenshot 2021 04 25 At 2.33.08 Pm

 

Pertemuan dengan kembar

Lepas hampir dua tahun terpisah, akhirnya pasangan kembar lelaki ini kembali bertemu. Sempat lagi tu gurau kasar sesama sendiri.

Screenshot 2021 04 25 At 2.19.51 Pm

 

Muka sama

Anak kepada salah seorang kembar ini pun kelihatan keliru yang mana satu ayahnya atau bapa saudaranya. Sekali imbas memang sama.

Screenshot 2021 04 25 At 1.56.04 Pm

 

Tukar baju & ‘prank’ bermula

Okay perancangan untuk bertemu dengan ayah mereka ditambah dengan prank. Kembar tersebut menukar pakaian dan berpura-pura menjadi yang lain. Kat sini min dah confuse dah yang mana satu, yang mana satu. 

Screenshot 2021 04 25 At 1.56.27 Pm

Salah seorang daripada mereka yang berpakaian seperti yang lagi satu mula masuk ke rumah ayah mereka. Ayah mereka langsung tak cam yang masuk ke rumah tu anaknya yang dah lama tak berjumpa.

Screenshot 2021 04 25 At 1.58.17 Pm

 

‘Prank’ berjaya

Nampaknya prank pasangan kembar ini berjaya. Lepas seorang lagi muncul di depan pintu, barulah ayah mereka sedar. Memang terus peluk cium lah. Melompat kegembiraan tu jangan cakap lah.

Screenshot 2021 04 25 At 1.59.03 Pm Screenshot 2021 04 25 At 1.59.59 Pm

 

Okey untuk korang yang tengok full video prank tu, korang boleh tengok kat bawah ni.

Bestnyaaa dapat jumpa balik family lepas sekian lama terpisah. Entah macam mana lah perasaan kita ni nanti bila dapat berjumpa family kat kampung lepas raya nanti kan.

 

Baca: [Video] Wali Tersasul Sebut Nama Kembar, Pengantin Perempuan Siap Kipas Tangan Ketika Akad Nikah

Screenshot 2021 04 25 At 2.35.10 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.