in

“Habis satu wad bau belacan” – Pelawat Selamba Tumbuk Sambal Dalam Hospital Masa Lawat Pesakit

page belacan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kalau kita nak melawat orang sakit, kita akan bawa buah tangan seperti buah-buahan, makanan dan atau bunga untuk si pesakit.

Tumbuk sambal masa lawat pesakit


https://www.instagram.com/p/CfWehUUMYr9/

Tapi dalam satu video viral dari negara seberang, lain sikit caranya, mungkin dia buat buah tangan tu ketika sedang melawat pesakit. Menerusi perkongsian dari Instagram, seorang wanita bertudung dilihat sedang menumbuk sambal di dalam wad dan ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dalam video tersebut, ia disaksikan oleh pelawat lain dan pesakit yang berada di katil wad. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mula mempersoalkan tindakannya itu jika mengganggu ketenteraman pesakit dan penghuni wad lain berkenaan dengan bunyi dan bau yang kuat.

Ada juga yang terhibur apabila melihatnya. Malah, netizen menyifatkan wanita tersebut mungkin sedang membuat makanan kegemaran pesakit tersebut.

Habis satu wad bau belacan – Netizen

one

Dalam pada itu ada juga yang memberi anggapan bahawa mereka adalah keluarga VIP. Hmm, min rasa tak kot, mungkin orang jauh datang dan pesakit teringin nak rasa air tangannya. Husnuzon je lah.

Baca : “Dah complain tak layan” – [VIDEO] Viral Tikus Berkeliaran Di Wad Kanak-kanak, HTJ Ambil Tindakan

untitled

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.