in

“Habis lah kau” – Gara-gara Buat Cincin Lambang Sultan Johor, Tunku Idris Tuntut Penjelasan Wak Doyok

Feature 3 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah lama kan kita tak dengar cerita pasal Wak Doyok. Namun, kecoh semalam apabila Wak Doyok dikatakan telah menempah cincin berhiaskan lambang peribadi Sultan Johor. Rakyat biasa macam kita tak boleh guna sesuka hati lambang diraja tu. 

Tunku 3

Tunku Idris kemudiannya meminta penjelasan dari Wak Doyok sebab dia telah menggunakan lambang diraja berkenaan untuk urusan tidak rasmi.


Tunku 1

Rupanya, individu yang menggunakan lambang terbabit secara sesuka hati boleh disabitkan kesalahan dan didenda sehingga RM500,000 dan penjara sehingga lima tahun, lapor Berita Harian.

Namun, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor kemudiannya telah membuat menjelaskan perkara sebenar dan meminta maaf atas kesalahannya  menyalahgunakan emblem diraja itu. Nasib baik dah buat permohonan maaf. 

Tunku 2

Lelaki yang berusia 41 tahun itu menjelaskan bahawa dia tidak berapa arif tentang protokol istana. Katanya juga, perkara tersebut tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Takpe lah, manusia tak terlepas dari buat kesalahan kan. Semoga perkara ni dapat diselesaikan dengan baik. 

Baca: “Sultan merupakan bayangan allah dibumi” – Kenyataan Tunku Idris Menimbulkan Persoalan Ramai Pihak

Tunku

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.