Hari ini merupakan hari pertama tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan dengan pembukaan semula hampir kesemua jenis perniagaan.
Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan ini, namun kita kena faham yang ianya penting untuk menjana semula ekonomi negara.
Jadi, pengguna perkhidmatan awam terutamanya LRT dan MRT juga perlu patuh dengan peraturan baharu yang dikenakan ketika menggunakan public transport terutamanya ketika waktu puncak. Lagi-lagi sekarang ni bulan puasa, ramai yang nak balik awal kan.
Rapid KL telah kongsikan gambaran situasi yang perlu dipatuhi oleh pengguna mereka di Twitter rasmi mereka.
https://twitter.com/MyRapidKL/status/1256830227243646977
Difahamkan, tren juga hanya akan menampung sebanyak 50 peratus penumpang. Barulah ada social distancing antara penumpang kan. Jadi, lebih baik korang keluar lebih awal kalau tak nak sampai lewat di pejabat.
Pengguna juga hanya boleh duduk di tempat duduk yang tidak ditandakan. Korang juga tak boleh duduk sesuka hati dalam tren sebab dorang dah tetapkan seat mana yang boleh duduk dan seat mana yang tak boleh duduk.
Kalau korang takut keadaan akan jadi tak terkawal sebab mungkin ada yang berebut nak naik dulu, jangan risau sebab staff Rapid KL dan polis bantuan akan mengawal keadaan.
Suhu badan juga akan diperiksa terlebih dahulu sebelum pengguna dibenarkan untuk menaiki tren.
Pengguna juga perlu pakai mask sebelum menaiki LRT atau MRT. Pihak Rapid KL juga menyarankan korang untuk menaiki kenderaan sendiri.
Sekarang ni, semuanya terletak di tangan korang sendiri. Tolong lah jangan degil wahai rakyat Malaysia.
Baca: Tular Gambar Remaja di LRT, Ramai Geram Kenapa Tak Tegur