“Goodluck brother!” – Suami Gelabah Minta Pendapat Netizen, Tersalah Basuh Baju Isteri Dari Warna Putih Jadi Pink

Tambah ke Sumber Pilihan
“Goodluck brother!” – Suami Gelabah Minta Pendapat Netizen, Tersalah Basuh Baju Isteri Dari Warna Putih Jadi Pink

Orang lelaki ni korang tahu lah kan, bukannya reti sangat bab buat kerja rumah ni. Tapi yang bagusnya mereka ini masih nak membantu isteri contohnya macam basuh pinggan ke, basuh baju ke kan…

Tapi dalam sibuk korang membantu tu, janganlah pulak korang buat salah macam apa yang lelaki ni buat. Menerusi perkongsian Adli Amirullah di Twitter, dia telah tersalah basuh baju isterinya sampaikan blouse warna putih dah bertukar jadi warna pink! Aiyoooo!


“Guys need help. Saya tersalah basuh blouse baru warna putih isteri saya… dan sekarang blouse putih tu jadi warna pink!” 

Menurut Adli, semuanya bermula apabila dia basuhkan sekali blouse putih yang baru dibeli isterinya tu dengan baju warna merah. Bila dah habis basuh, barulah dia perasan baju putih tadi dah tukar jadi pink.

Malah lebih mengerikan, isteri Adli ni siap pernah bagitahu lagi baju tu dia saja-saja beli sebab sebelum ni memang tak pernah ada baju putih. Sungguhpun dia dah basuh, rendam bagai… warna baju tu tetap tak turun jugak!

Wife 1
Sumber: Twitter

“Sayang tadi i cari baju baru i, you dah basuh ke belum” 

Adli jadi lebih gelabah bila isterinya mula mencari baju tersebut dan bertanya sama ada dia ada membasuhnya ataupun tak. Tanpa berlengah lagi, dia pun pergi mall untuk beli baju yang baru.

Pink
Sumber: Twitter

“Now she merajuk because I went to the mall without her” 

Apa-apapun masalah dah selesai. Adli akhirnya menceritakan hal yang sebenar dan mujurlah isterinya tak marah cuma merajuk sebab tak bawa pergi mall sekali. Alahai! 

Mission

Mission 2
Sumber: Twitter

Apa-apapun mujurlah si suami tak kena marah dengan isterinya. Kalau korang kat tempat lelaki ni mesti korang pun sama gelabah kan? 

Baca: “Saya sangat rindu nak bergaduh” – Isteri Tuntut Cerai Sebab Suami ‘Sweet’ Suka Kemas Rumah Tanpa Disuruh

Sweet

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Goodluck brother!” – Suami Gelabah Minta Pendapat Netizen, Tersalah Basuh Baju Isteri Dari Warna Putih Jadi Pink
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/goodluck-brother-suami-gelabah-minta-pendapat-netizen-tersalah-basuh-baju-isteri-dari-warna-putih-jadi-pink/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM