in

“Saya sangat rindu nak bergaduh” – Isteri Tuntut Cerai Sebab Suami ‘Sweet’, Suka Kemas Rumah Tanpa Disuruh

Bercerai2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebalik pasangan lain yang mengidamkan rumah tangga yang harmoni dan tenteram, lain pula dengan kes seorang isteri dari Arab Saudi ni yang menuntut penceraian terhadap suaminya disebabkan terlalu baik dan rajin.


Menurut Khaleej Times Report, si isteri tu nak bercerai sebab kasih sayang an belas kasihan suami tu sangat melampau.

 

Saya rasa rimas dengan cinta dan kasih sayangnya yang melampau. Dia juga membantu saya membersihkan rumah tanpa disuruh”

Itu kata-kata dia di makkamah syariah di di Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Menurut Astro Awani, alasannya lagi nak cerai sebab suaminya tidak pernah meninggikan suara kepadanya selama setahun mereka berkahwin. Baru setahun sis.

Masa wanita itu merungut tentang berat badannya, suaminya juga ikut serta mengamalkan diet yang ketat dan rejim senaman yang menyebabkan dia patah kaki.

“Saya sangat rindu nak bergaduh, tetapi ia mustahil kerana suami saya sangat romantis, selalu memaafkan saya dan membelikan pelbagai hadiah kepada saya setiap hari.

“Saya mahu ada perbincangan dalam rumahtangga, tak kisahlah kalau perlu bergaduh sekalipun. Saya tidak mahu kehidupan yang sangat mudah,” 

Bagaimanapun, suaminya memohon mahkamah membatalkan permintaan perceraian itu.

“Tidak adil untuk menilai perkahwinan dari tahun pertama, dan semua orang belajar dari kesilapan mereka,” 

Namun sehingga kini belum ada keputusan dari mahkamah dan kes itu masih berlangsung.

 

Baca : “Saya enggan solat sehingga kami bercerai” – Wanita Tuntut Cerai Tak Tahan Suami Tunjal Kepala Kejut Solat

Bercerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.