in

Gelombang Baharu Covid-19 Bakal Melanda Malaysia Lebih Awal Dari Jangkaan – KJ

collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, Malaysia telah mencatatkan sifar kematian sejak 18 Disember 2020. Namun begitu, sejak tiga hari kebelakangan ini kita telah mencatatkan kes positif Covid-19 sebanyak lebih 2,000.

Disebabkan ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan gelombang baharu Covid-19 berkemungkinan akan berlaku lebih awal dari tempoh jangkaan iaitu antara dua atau tiga bulan seperti diumumkan sebelum ini.


Ini kerana, selain kes positif harian yang dilihat telah meningkat sejak kebelakangan ini, dua kluster baru yang melibatkan kluster pendidikan dan pengajian tinggi juga membimbangkan, lapor Harian Metro.

Bagaimanapun, Khairy mengatakan pengumuman ini bukanlah untuk menimbulkan perasaan panik dikalangan masyarakat tapi bagi membolehkan orang ramai untuk mengambil langkah lebih berjaga-jaga.

KJ

Perkara ini berdasarkan peningkatan kepada lebih 2,000 kes dilaporkan dalam negara sejak tempoh tiga hari kebelakangan ini dengan dua kluster baharu yang membimbangkan iaitu kluster pendidikan dan pengajian tinggi.

“Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes kecuali beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan yang menunjukkan penurunan.

“Pengalaman yang kita lihat di negara lain di mana mereka juga berdepan gelombang jangkitan dari semasa ke semasa. Tujuan saya menyatakan ini adalah untuk memberi bayangan bahawa gelombang itu akan datang lebih awal lagi berdasarkan kepada ramalan yang kita sedang buat, walaupun kadar kematian, kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini terkawal atau pada paras rendah.”

Jadi lepas ni kita kena lebih berhati-hatilah eh. Jangan lupa pakai mask kalau dekat dalam kawasan tertutup dan selalu basuh tangan.

 

Baca: “Gelombang Omicron bermula, kes dijangka meningkat” – Khairy Jamaluddin

Screenshot 2022 06 24 at 12.34.36 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.