Gelaran Datuk CEO GISBH Ditarik Serta Merta – Kerajaan Negeri Melaka

Tambah ke Sumber Pilihan
Gelaran Datuk CEO GISBH Ditarik Serta Merta – Kerajaan Negeri Melaka

Kerajaan negeri Melaka telah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk’ terhadap Nasiruddin bin Mohd Ali yang telah dianugerahkan pada 25 Ogos 2024 lalu, penarikan itu dikuatkuasakan serta merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa arahan itu dibuat Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam selepas mendapat nasihat Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.


Artikel berkaitan : Ummu Atiyah Ambil Masa 30 Minit Tunjuk Lokasi Dikurung Di Perkampungan GISBH

Artikel berkaitan : Masih Amalkan Aurad Muhammadiah, Pahang Fatwakan GISBH Sesat

Screenshot 2024 11 19 123742

Berikutan itu, nama Nasiruddin telah dikeluarkan daripada Senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2024.

“Penarikan balik Darjah Kebesaran ini selaras dengan kuasa prerogatif Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam Perkara 34B, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Melaka. Oleh yang demikian, Encik Nasiruddin bin Mohd Ali tidak dibenarkan menggunakan gelaran tersebut.”

467434355 1018087000352809 5226022979321662671 N

Atas penarikan itu, Nasiruddin juga diarah untuk memulangkan semula darjah kebesaran itu kepada Pejabat Seriausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Sebelum ini, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Melaka yang bermesyuarat pada 3 Oktober, memfatwakan ajaran dan amalan dalam GISBH adalah sesat.

Menurut beliau, ajaran dan amalan dalam GISBH ada ciri persamaan dengan elemen berkaitan ajaran Al-Arqam yang difatwakan haram pada 1994 dan Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (SRC) yang difatwakan haram pada 2007.

Sumber : Berita Harian, Facebook

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Gelaran Datuk CEO GISBH Ditarik Serta Merta – Kerajaan Negeri Melaka
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/gelaran-datuk-ceo-gisbh-ditarik-serta-merta-kerajaan-negeri-melaka1/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM