in

Gejala ‘Long COVID’: Bekas Pesakit Alami Simptom Berpanjangan Hingga 4 Minggu

Long Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lebih daripada setahun dunia melawan wabak COVID 19, jadi rata-rata daripada kita sudah pastinya cukup faham dan tahu dengan simptom-simptom jangkitan COVID 19.


Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu sebenarnya sebaik sembuh daripada COVID 19 terdapat juga simptom susulan bagi pesakit.

Menurut laporan Astro AWANI, simptom susulan selepas sembuh COVID 19 ini dipanggil ‘Long COVID’ dan ia memerlukan penelitian kerana ia bakal memberi kesan kepada kesihatan inidividu terbabit jika tak dirawat sewajarnya.

 

Simptom yang sama seperti COVID 19 berpanjangan sehingga 4 minggu 

Menurut Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, adakalanya ‘Long COVID’ ini adalah simptom yang sama dialami seperti jangkitan wabak tersebut dan boleh berpanjangan hingga 4 minggu selepas pulih.

Long COVID ataupun dikenali sebagai simptom COVID berpanjangan ini adakah keadaan seseorang yang masih bergejala COVID-19 walaupun sudah pulih.

“Gejala ini adakala berpanjangan sehingga lebih empat minggu yang mana gejalanya lebih kurang sama dengan simptom jangkitan,” katanya.

51588756114 Pesakit

 

Kelesuan, keletihan dan batuk – simptom paling kerap 

Jelasnya lagi, simptom yang paling kerap dilaporkan adalah kelesuan, keletihan dan batuk.

“Simptomnya tidak terbatas kepada sistem pernafasan malah mengganggu sistem lain kesihatan mental yang boleh akibatkan kesukaran fokus, bercelaru, keresahan dan sukar untuk tidur.

“Antara simptom lain adalah sakit otot dan sendi dan juga ganggu bahagian usus yang boleh sebabkan cirit birit dan muntah,” katanya.

Mengetahui dengan lebih jelas mengenai simptom ini dapat pastikan individu tersebut dapat dirawat dengan cepat supaya ia tidak menjejaskan kesihatan mereka.

117798639 Optimised Symptombars Nc

Dalam pada itu, pengambilan vaksin COVID 19 juga penting bagi bekas pesakit COVID 19 supaya antibodi mereka bertahan dengan lebih lama untuk melawan wabak ini.

Walaupun kajian menunjukkan seseorang bekas pesakit COVID-19 boleh bertahan terhadap virus selama enam bulan, namun pengambilan vaksin akan memanjangkan lagi dan tingkatkan imuniti badan mereka untuk cegah jangkitan dan kurangkan simptom kronik,” katanya lagi.

81616486577 Astrazeneca

Orang ramai diharapkan mendapat pendedahan lebih banyak mengenai ‘Long COVID’ supaya bekas pesakit dapat mematau kesihatan mereka dengan lebih baik.

Sebaiknya kita jagalah SOP baik-baik. Elakkan diri kita dari terkena wabak ini. 

Baca: Rakyat Beraya Di Mall Gara-gara Tak Boleh Balik Kampung, Menteri Kesihatan Bimbang Cetus Krisis Jangkitan COVID 19

Adham Baba

Sumber: Astro AWANI
Sumber: BBC
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.