Gara-Gara Dikecam Netizen, Papan Tanda Stadium Mini Ffira Mikah Diturunkan

Jadikan sumber pilihan di Google
Gara-Gara Dikecam Netizen, Papan Tanda Stadium Mini Ffira Mikah Diturunkan

Sejak beberapa hari lalu sebuah mini stadium mini di Kedah mendapat perhatian ramai, bukan kerana seni binaan mahupun teknologinya yang canggih.

Tapi Stadium Mini Ffira Mikah mendapat perhatian netizen kerana ‘keunikkan’ nama yang dimilikinya.


Gara-gara dikatakan menggunakan nama Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor yang diterbalikkan, nama baru stadium baru itu mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Capture 12 3Sumber: Utusan

 

Kuasa kecaman!

Tidak berpuas hati dengan pemilihan nama  stadium tersebut, isu itu bukan sahaja dibincangkan oleh ramai pihak malah turut ia turut mendapat kecaman pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan netizen.

Akhirnya bagi tidak memanjangkan isu, papan tanda stadium itu telah diturunkan.

Pengumuman itu dibuat oleh KN Kiara Football Club selaku penyewa stadium itu di akaun Facebook milik mereka.

Menurut perkongsian itu, papan tanda itu dipercayai telah diturunkan pada jam 4 petang, hari Sabtu lalu.

“Sehubungan itu, KN Kiara Football Club selaku penyewa stadium mini itu juga memutuskan untuk tidak menggunakan nama Ffira Mikah dalam apa-apa tujuan dan promosi.

“Buat sementara, pihak kami menyebut sebagai Stadium Mini Kuala Nerang sehingga mendapat makluman terkini daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” 

Selain itu pihaknya turut terbuka untuk menerima sebarang cadangan baru bagi nama stadium mini itu.

 

Capture 2 5 2Sumber: Kosmo!

Pihaknya turut menerima sekiranya nama baru yang bakal dikemukakan itu mempunya ciri-ciri daerah setempat lapor Utusan.

“Moga nama stadium mini itu nanti  lebih bercirikan kawasan Kuala Nerang dan daerah Padang Terap (sekadar cadangan),” 

Hujung minggu lalu nama stadium ini mendapat perhatian ramai kerana dikatakan menggunakan nama pegawai daerahnya yang diterbalikkan.

Walaupun sudah diterangkan mengenai asal usul perkataan itu yang diambil daripada bahasa Greek dan Arab, namun penerangan itu nampaknya seolah-olah mengundang lebih banyak kecaman netizen.

So korang ada cadangan baru tak yang sesuai untuk nama stadium mini ni?

Baca : Cuba terbalikkan nama stadium Stadium Ffira Mikah Jadi Bualan Netizen Sebab Nama?

Capture 12 2

 

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Peminat lagu lama, kopi, kucing, budaya, buku dan tak suka makan. Masih mencuba untuk menulis dengan baik.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Gara-Gara Dikecam Netizen, Papan Tanda Stadium Mini Ffira Mikah Diturunkan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/gara-gara-dikecam-netizen-papan-tanda-stadium-mini-ffira-mikah-diturunkan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen