in

Gara-gara Dadah, Ini Yang Berlaku Kepada Zamani

Zamanni 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari dulu lagi, kita selalunya dengar slogan macam ‘Dadah Pembunuh Senyap’ atau ‘Dadah Musuh Negara’. Tapi semua slogan ni still tak jalan sebab makin ramai pulak yang terlibat dalam aktiviti tak sihat ni termasuklah penyanyi terkenal Zamani Slam.


Zamani
sumber: blog

Nama Zamani Slam ni tetiba tenggelam lepas dia terpalit dengan isu dadah. Meskipun nak buat comeback, Zamani katanya tak boleh kerap keluar TV sebab ada masalah kesihatan disebabkan pengambilan dadah berlebihan satu masa dulu. Menurut Sinar Harian, Zamani yang dah berusia 47 tahun alami masalah tulang belakang. 

“Fizikal saya yang semakin kurus dan membongkok ini kerana saya menghidap masalah tulang belakang.

“Saya akui kesan salah guna dadah suatu ketika dulu menyebabkan tulang saya membengkok. 

“Saya masih menerima rawatan susulan, cuma saya sudah tidak mengikuti rawatan fisioterapi seperti sebelum ini,” kata Zamani.

38F6B Zamani
sumber: blog

Disebabkan masalah ni Zamani berharap netizen atau masyarakat janganlah kecamnya lagi.

“Tapi, apa-apa pun saya tidak boleh hendak menghalang apa jua yang mereka katakan,” kata Zamani.

Semoga Zamani cepat sembuh dan netizen kat luar sana berilah peluang kat penyanyi otai kita ni berubah. Jangan asyik kecam je. Cuba send message yang bersemangat sikit. 

Baca: Kronologi Kes Farid Kamil Tampar Anggota Polis dan Positif Dadah

Farid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.