Macam yang korang tahu, baru-baru ni satu butik pengantin tular di media sosial selepas dia muat naik gambar koleksi baru busana pengantinnya. Gambar-gambar ini menjadi kecaman netizen kerana pemilik butik tersebut memilih lokasi photoshoot di kubur Kristian.
Bukan tu je, kalau dilihat dari gambar yang dimuat naik, korang boleh tengok model-model tu selamba je posing atas kubur orang lain dan ada yang siap baring tengah-tengah antara dua kubur lagi. Tak takut kena badi mayat ke?
Kerana tindakan terlebih berani dan betul-betul di luar kotak, pemilik butik tersebut telah mendapat kecaman dari netizen yang rata-ratanya mengatakan mereka tak ada rasa hormat pada tempat suci.
Ekoran dari ini, pemilik butik tersebut telah pun tampil ke hadapan dengan memuat naik sebuah video berdurasi 5 minit memohon maaf dan bersedia untuk bertanggungjawab atas tindakannya itu beserta linangan air mata.
Saya memohon maaf atas kesilapan yang telah saya buat. Memohon maaf secara terbuka kepada semua lapisan masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam terutamanya yang beragama Kristian atas kesilapan saya memuat naik gambar di media sosial”
Pemilik butik ini kemudiannya mengaku yang dia tak sedar gambar yang dimuat naiknya itu bakal mencetuskan sensitiviti perkauman dan berkata gambar-gambar itu hanya bertujuan untuk digunakan secara peribadi bagi menunjukkan koleksi barunya.
Pihak-pihak lain tidak terlibat sama ada model, photographer atau make-up artist. Mereka tidak salah dan tak tahu apa-apa. Saya mengharapkan perkara ini tidak berbangkit.”
Menerusi temubual dengan Harian Metro pula, wanita ini menerangkan yang dia memilih kawasan kubur tersebut kerana dia mahu gambarnya nampak unik dan inspirasi ini datang dari photographer Barat.
Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri.”
Walaupun ada segelintir netizen yang sudi memaafkan wanita ini, sebahagian lagi merasakan yang permohonan maaf ini dibuat bukan kerana dia menyesal ambil gambar di sana tapi kerana dia muat naik di media sosial.
“Dia dah pun buat permohonan maaf secara terbuka. So kita semua jadilah orang yang lebih baik dan maafkan dia dan biar dia belajar dari kesilapan.”
“Saya tak rasa dia belajar dari kesilapan kalau dia mohon maaf upload di media sosial instead of minta maaf sebab tak hormat.”
Kalau betul dia rasa bersalah, harapnya dia buanglah semua gambar-gambar tu…