in

Gagal Bawa Hasil Ujian PCR COVID-19, Rombongan Ini Batal Naik Pesawat Sriwijaya Air SJ 182

F5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang terkejut dan turut berduka cita dengan berita nahas kapal terbang Sriwijaya Air SJ 182 yang telah disahkan terhempas di kawasan perairan Kepulauan Seribu, Jakarta pada petang semalam. Kini, operasi pencarian sedang giat dijalankan. Sebak rasanya bila tengok IG stories terakhir mangsa-mangsa yang terlibat. 


Sj 2

Namun, ada juga yang bernasib baik apabila ada sesetengah penumpang yang terpaksa membatalkan perjalanan mereka untuk menaiki pesawat model Boeing 737-500 itu sebab gagal membawa hasil ujian PCR Covid-19 sebelum menaiki kapal terbang, lapor Tribunnews.

Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang warganet yang hanya mahu dikenali sebagai WW yang menceritakan bahawa beberapa orang rakan sekerja suaminya sepatutnya menaiki pesawat terbabit untuk ke Pontianak atas urusan kerja.

Sj

Disebabkan ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, suaminya pula akan ke Pontianak dengan flight yang berbeza pada hari ini . Namun, rombongan tersebut yang terdiri daripada empat orang terpaksa membatalkan tiket selepas gagal untuk menunjukkan bukti hasil ujian PCR Covid-19 yang diperlukan sebelum boarding.

Difahamkan, mereka hanya dimaklumkan yang hasil ujian Coronavirus adalah diwajibkan bagi setiap penumpang jika mahu menaiki kapal terbang pada hari berlepas, jadi dorang tak sempat nak buat PCR test tu. Allahuakbar, betul lah kata orang, akan ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. 

Sj 1
Gambar hiasan

Menurut wanita terbabit, perjalanan mereka itu telah dirancang sebulan yang lalu namun tiket pesawat itu hanya dibeli pada minggu lepas.Walaupun dorang dah dapat refund tiket, pada mulanya, mereka agak kesal sebab perjalanan terpaksa dibatalkan. Rupanya, ada sebab kenapa benda ni jadi kat dorang. 

Memang meremang bulu roma bila baca kisah yang macam ni. Apa-apa pun, sama-samalah kita doakan agar keluarga kesemua mangsa yang terlibat tabah dalam menghadapi ujian ini. 

Baca: Nahas Sriwijaya: Serpihan Kapal Terbang Dan Mayat Ditemui Semasa Operasi SAR

Plane 3

Sumber: Astro Awani
Sumber: Tribunnews
Sumber: Liputan 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.