Gadis Meninggal Dunia Sehari Sebelum Ijab Kabul, Sempat Jumpa Bakal Suami Hantar Baju Nikah

Tambah ke Sumber Pilihan
Gadis Meninggal Dunia Sehari Sebelum Ijab Kabul, Sempat Jumpa Bakal Suami Hantar Baju Nikah

Bagi pasangan yang bakal berkahwin, sudah tentu rasa tidak sabar dan berdebar-debar untuk tibanya hari bahagia yang dinanti-nantikan untuk diijab kabulkan.

Pengantin perempuan ajal sehari sebelum majlis


Namun malang tidak berbau, siapa sangka seorang gadis yang bakal bergelar seorang isteri telah menemui ajal sehari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung.

Menurut laporan Tribunnews, bakal pengantin perempuan yang dikenali sebagai Tiara Permadani Gamri yang berasal dari Indonesia ini sepatutnya bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Ilham pada hari Ahad, 30 November yang lalu.

Racun KadSumber: Tribunnews

Racun MukaSumber: Tribunnews

Bukan itu sahaja, segala persiapan untuk majlis perkahwinan sudah pun dilakukan dan siap sepenuhnya dari segi makanan untuk tetamu, khemah, baju pengantin, pelamin dan sebagainya.

Majlis kahwin bertukar majlis tahlil

Namun, siapa yang dapat melawan takdir Allah apabila majlis perkahwinan yang sepatutnya berjalan dengan situasi yang penuh meriah dan bahagia itu bakal bertukar menjadi majlis tahlil yang diselubungi rasa duka dan sayu apabila bakal pengantin perempuan meninggal dunia sehari sebelum majlis ijab kabul mereka.

Feat Racun 2Sumber: Tribunnews

Sempat hantar baju nikah, minum racun

Menurut sumber, dua hari sebelum majlis berlangsung, pengantin perempuan ada berkunjung ke rumah bakal suaminya untuk menghantar baju nikah.

Namun, tidak lama selepas itu, bapa pengantin perempuan menerima pula panggilan telefon daripada rakan Tiara yang menyatakan bahawa anaknya itu telah dikejarkan ke hospital gara-gara meminum racun.

Si bapa yang terkejut dengan berita itu terus sahaja bergegas ke hospital. Dia juga sempat berjumpa dengan bakal menantunya untuk mengetahui kejadian yang sebenar.

Saya tanya anak saya di mana. Dia beritahu di hospital. Kemudian saya tanya anak saya minum racun di mana. Dia kata tidak tahu.

 Walaupun doktor berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tiara, namun gadis itu menghembuskan nafas yang terakhir pada malam Ahad, 29 November.

Racun NangisSumber: Tribunnews

Pengantin lelaki ‘hilang’, bapa buat laporan polis

Apa yang mengejutkan ramai, ‘bayang’ pengantin lelaki langsung tidak kelihatan pada ketika itu dan juga sewaktu majlis tahlil diadakan.

Bapanya yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian anaknya itu telah bertindak untuk membuat laporan polis. Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian dan kini mereka masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kematian Tiara.

Salam takziah kepada keluarga pengantin perempuan. Min harap kebenaran dapat terungkai. 

Baca: “Lelaki tu ada dekat sini” – Pengantin Lelaki Siap Buat Presentation di Majlis Kahwin, Tunjuk Bukti Isteri Curang Baca Kawin

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Mastura
Lagi tulisan Mastura
Seorang yang 'perfectionist' dan agak cerewet. 'Hantu' sudoku tapi bencikan Maths. Seorang karnivor sejati dan sentiasa on time. Masih bergelar seorang penulis bbnu

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Gadis Meninggal Dunia Sehari Sebelum Ijab Kabul, Sempat Jumpa Bakal Suami Hantar Baju Nikah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/gadis-meninggal-dunia-sehari-sebelum-ijab-kabul-sempat-jumpa-bakal-suami-hantar-baju-nikah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM