in

“Lelaki tu ada dekat sini” – Pengantin Lelaki Siap Buat Presentation di Majlis Kahwin, Tunjuk Bukti Isteri Curang

Hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam-macam ye dunia sekarang. Dengan kemudahan teknologi maklumat, jangan sangka hubungan sulit atau kecurangan korang tu boleh tersimpan kemas kerana korang takkan tahu ia pasti akan kantoi pada bila-bila masa saja.


Menerusi satu video yang viral di Twitter, seorang pengantin lelaki dilihat tiba-tiba buat presentation di hari majlis perkahwinannya. Selalu orang presentation kat meeting room atau kelas, pelik gak kan tetiba kat majlis kahwin. 

Tahukah korang, sebenarnya ‘presentation’ tersebut dibuat adalah untuk membuktikan rupa-rupanya isteri yang tengah sarat hamil itu sedang mengandungkan anak orang lain. Alamak! 

Menerusi video tersebut, si pengantin lelaki memberitahu jemputan yang ada di situ bahawa isterinya itu bukan sedang hamil 4 bulan.

Namun menerusi paparan ujian ultrasound yang diberikan peguamnya, lelaki terbabit membuktikan bahawa perempuan tersebut sedang hamil 6 bulan! Amboi jauhnya jarak bulan.. 

Malah lebih mengejutkan, lelaki yang curang dengan wanita itu ada di majlis tersebut. Fuh yang buatkan situasi itu lebih panas, pengantin lelaki siap tayang video kecurangan mereka lagi!

Asi

Isteri saya sedang hamil dan kami bakal mendapat bayi tidak lama lagi. Tapi anda semua tahu tak yang dia sebenarnya hamil 6 bulan dan bukannya 4? 

“Ini peguam saya dan dengan bukti yang saya ada bayi itu bukan anak saya. Dan lelaki yang curang dengannya ada di sini. Dia telah mencurangi saya selama 3 tahun. Majlis ini adalah untuk MEREKA dan bukan untuk SAYA.” 

Selepas tayangan video tersebut, majlis yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi caca marba. Habis semua bergaduh sesama sendiri.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut ternyata memuji tindakan lelaki tersebut yang tidak bodoh serta mudah ditipu isterinya yang curang.

Haih tak baik tau curang-curang ni. Haa kan dah kantoi dah macam ni! 

Baca: “Mengaku ‘single mother’ – Isteri Curang Dengan 300 Lelaki Sebab Suami ‘Busy’ Kerja

Busy

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.