in

Gadis Berjaya Jejak Semula Ibu Kandung Selepas 20 Tahun Berpisah Undang Sebak!

Wsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Penantian 20 tahun yang tak terungkap.”

Itulah kata-kata yang diungkap oleh seorang gadis yang telah berpisah dengan ibu kandungnya selama 20 tahun yang telah menarik perhatian ramai netizen baru-baru ini.


Jejak semula ibu kandung selepas 20 tahun berpisah

Video yang berdurasi 46 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok yang memaparkan gadis yang kelihatan gemuruh kerana bakal berjumpa ibu buat kali pertama sepanjang hidupnya.

@imsopea

penantian 20 tahun yang tak terungkap?#fyp #ibu

♬ PENANTIAN ARMADA – Sadvibes?

Menurut mStar melalui satu temubual bersama gadis itu atau dikenali sebagai Sofea, dia tidak pernah mengenali siapa ibu kandungnya dan telah dijaga sepenuhnya oleh bapa angkatnya.

Cuma dalam beberapa bulan lepas, dia meluahkan hasrat untuk bertemu dengan ibu kandungnya dan pernah memberitahu dua orang kawan rapatnya.

“Mula-mula hanya nak tahu dia masih hidup atau dah meninggal dunia sebab selama ini saya tak pernah berhubung dengan dia.”

Tidak disangka-sangka, hasratnya telah diambil serius oleh dua sahabatnya iaitu Hana dan Irsyad apabila mereka memulakan langkah untuk mencari ibu kandungnya.

Screenshot 2022 09 22 At 6.38.46 Pm

“Masa kawan beritahu dia nak tolong cari, dia minta nama penuh saya. Saya pun tak fikir panjang terus saja berikan.”

“Saya sangat terkejut apabila dia boleh tahu nama penuh mak. Jadi kawan saya sorang lagi tu cari dekat Facebook dan akhirnya jumpa akaun mak.”

Selepas diteliti banyak kali gambar dan profil Facebook wanita berkenaan, sememangnya maklumat tersebut sama dan tepat dengan info yang diketahui Sofea melalui bapa angkatnya.

Kedua-dua rakannya tidak berputus asa dengan mendapatkan nombor telefon wanita tersebut untuk dihubungi dan usaha membuahkan hasil, mereka berjaya menghubungi wanita tersebut.

30 Ogos tarikh keramat buat si gadis

Menurut Sofea, pada awalnya dia sendiri was-was terhadap wanita tersebut dan meminta kawannya untuk cuba bertanyakan soalan yang lebih mendalam demi menyedapkan hatinya.

“Apabila kawan Sof tanya pernah tak ada nama anak Nurshahira Sofea..dia mengaku ada.Ibu saya terus tanya soalan macam-macam dekat kawan lelaki saya tu. Apabila dah lama borak tu ibu ada ajak saya jumpa.”

Difahamkan juga mereka berdua akhirnya bertemu pada 30 Ogos lalu di sebuah kafe di Johor Bahru. Mereka berdua mengambil peluang untuk menceritakan segalanya tentang kehidupan masing-masing.

Ibunya juga ada mengajak Sofea untuk tinggal bersama dengannya namun permintaan tersebut ditolak kerana dia lebih selesa hidup bersendirian. Menurutnya, ibunya kini sedang bekerja di Kuala Lumpur.

“Ibu ceritakan segalanya. Kenapa dia tinggalkan saya. Tapi cuma saya tak boleh ceritakan pada umum.”

Korang dah tengok video tu tak? Min sebak habis wei!

Baca: Ibu Tergamak Racun Anak Guna Peluntur Semata-mata Nak Minta Sumbangan Orang Ramai

Screenshot 2022 09 22 At 6.42.59 Pm

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.