in

Gadis 16 Tahun Tak Selesa Polis Ambil Gambar Dada Untuk ‘Sahkan Identiti’ Lepas Kena Tahan

Saveher

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya bila kena tahan sebab langgar peraturan atas jalan raya, benda pertama yang polis akan minta adalah lesen takpun kad pengenalan untuk sahkan identiti sebelum ambil apa-apa tindakan.


Tapi cara untuk seorang pegawai polis ‘sahkan identiti’ pesalah trafik di New Zealand ni membuatkan seorang gadis berusia 16 tahun jadi sangat tak selesa, lapor mStar. Gadis terbabit katanya kena tahan dengan polis yang berusia dalam linkungan 60-an tu sebab memandu laju.

C85A
gambar hiasan

Tak jumpa maklumat dalam sistem

Gadis bernama Sadonia tu memberitahu pada waktu itu dia sedang memandu untuk ke Jalan Kairokai. Lepas tu tiba-tiba seorang pegawai polis beri isyarat supaya dia berhentikan kereta sebab memandu melebihi had laju.

Waktu pegawai polis tu tanya jika Sadonia ada lesen ataupun tak, gadis tu mengaku yang dia sedang belajar memandu, tak ada lesen mahupun anything yang boleh diguna untuk sahkan identiti. Jadi polis tu cuba cari maklumat Sadonia dalam sistem tapi tak ada jugak.

Tangkap gambar dada gadis untuk sahkan identiti

Bila katanya tak jumpa cari dalam sistem, polis yang waktu tu on the phone tanya Sadonia kalau dia ada tanda lahir ke kat kaki dia. Rasa pelik dengan soalan tu, Sadonia tanya balik dekat polis tu apa kena mengena tanda lahir dengan sistem?

Polis tu jawab yang maklumat pasal tanda lahir tu mungkin dah didaftar atas nama Sadonia sebelum ini. Most probably sebab Sadonia pernah kena tahan polis ataupun pernah ke balai polis before this. Then polis tu ambil satu gambar tatu di lengan dan leher Sadonia, and banyak kali tangkap gambar tatu di dada gadis tu, area bawah collar bone. Eh dah lain macam ni.

gambar hiasan

Bebaskan lepas ambil gambar

After that polis tu lepaskan Sadonia dan keluarkan tiket $100 (lebih kurang RM400) sebab memandu tanpa pengawasan dalam tempoh belajar memandu. Sadonia mengaku yang dia sangat tak selesa waktu polis tangkap gambar badan dia.

Bila berita ni sampai ke pengetahuan pihak atasan, pegawai polis kat situ minta maaf bagi pihak polis yang ambil gambar Sadonia waktu gadis tu ditahan. Mereka juga mengaku yang pihaknya sepatutnya selesaikan masalah tu dengan cara yang lebih elok, bukannya main tangkap gambar macam tu.

Harap-harap takde la polis Malaysia macam ni. Korang pernah jumpa polis kat Malaysia yang macam ni tak? Share sikit dengan admin.

NOTA: Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Baca: Memalukan! Selebriti Taiwan Bongkar Sikap Rasuah Polis Malaysia di Rancangan TV Popular

Shila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.