in

Gadis 13 Tahun Jadi Isteri Ke 5 Buat Lelaki Sebaya Bapanya

Ft Underage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka orang dewasa yang sering dianggap sebagi pelindung, tanpa disangka-sangka terpaksa dilayan sebagai suami.

Kisah ini dilalui oleh seorang gadis yang baru berusia 13 tahun di Manila.


Gadis itu dikatakan dipaksa untuk menikahi lelaki yang berusia 48 tahun dan menjadi isteri ke lima lelaki itu.

Capture 9 3

Kejadian yang berlaku pada 22 Oktober lalu mula menjadi perhatian ramai selepas beberapa gambar pernikahan mereka mula viral di media sosial, lapor Harian Metro.

Remaja itu dinikahkan di Maguindanao dengan seorang petani yang dikenali sebagai Abdulrzak Ampatuan.

Lebih menyedihkan lagi ialah lelaki itu turut mempunyai anak yang sebaya dengan isteri barunya dan menginginkan isterinya itu untuk menjaga anak tersebut.

“Saya sangat gembira menemuinya dan dapat menghabiskan hari saya bersamanya.

“Dia akan menjaga anak saya,”

Belum merancang untuk menimang cahaya mata

Sedar akan umur isterinya yang masih muda, lelaki itu merancang untuk menimang cahaya mata bersama isteri barunya apabila gadis itu mencecah usia 20 tahun.

Sementara itu, isterinya akan dihantar untuk belajar dahulu.

Mungkin ada yang berada aneh dengan pernikahan ini, namun tidak bagi Filipina.

Capture 2 1 6

Sesetangah tempat di negara itu terutamanya wilayah majoriti Muslim di Mindanao hanya menetapkan usia akil baligh bagi perkahwinan individu di bawah umur.

Data yang diperolehi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) turut menunjukkan Filipina berada pada kedudukan ke-12 dengan jumlah pengantin bawah umur yang mencecah seramai 726,000 orang.

Baca : Sedih je wajah perempuan tu Indonesia Buat Hal Lagi, Kali Ni Atuk Umur 103 Tahun Bernikah Gadis Umur 30 Tahun

Capture 2 1 5

Sumber: Harian Metro
Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.