“Sedih je wajah perempuan tu” – Indonesia Buat Hal Lagi, Kali Ni Atuk Umur 103 Tahun Bernikah Gadis Umur 30 Tahun

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau bercerita pasal isu kahwin muda atau kahwin pada usia yang sangat lanjut ni, korang mesti akan teringat negara seberang kita kan?

Haa sebab baru-baru ni, ada satu kisah viral melibatkan seorang atuk yang katanya berusia 103 tahun telah menikah dengan wanita berusia 30 tahun. Wow atukkk… 

 

Atuk duda kematian isteri, sudah lama kenal isteri baru 

Menurut KOMPAS, Muhammade, atuk yang berusia 103 tahun ni berasal dari Sulawesi Selatan dan telah menikahi pasangannya, Ido Ajeng, 30 yang mempunyai beza umur 73 tahun!

Video pernikahan pasangan ni viral di Facebook sejak 26 Februari lepas dan menurut netizen, Muhammade ni adalah duda kematian isteri yang telah meninggal sejak 8 tahun lalu. Manakala Ido pulak seorang anak dara yang masih belum menikah.

Nah tengok video mereka kat bawah ni. 

Kalo jodoh gak kemana?! Seorang kakek berusia 103 tahun menikahi gadis pujaannya yang berusia 30 tahun. Hal ini pun menjadi viral di media sosial. #LintasInewsSiang RCTIplus

Posted by MNCTV on Friday, February 28, 2020

 

Muhammade ni juga katanya bukan calang-calang orang tua, dia juga bekas pejuang kemerdekaan di era penjajahan Indonesia. Pun begitu pertemuan Muhammade dan Ido ni tak adalah romantik macam dalam filem atau sinetron.

Menurut jiran Muhammade, atuk ini dah mengenali pasangannya lama dan disebabkan itulah keluarga mereka merancang untuk mereka berdua berkahwin.

“Saya kurang tahu awalnya bagaimana, tapi sudah kenal memang dan dikasih ketemu sama keluarganya,” kata Rahmat, jiran Muhammade.

 

“Sedih je wajah perempuan tu” – Netizen

Demi menikahi wanita tersebut, Muhammade katanya telah memberikan mahar sebanyak 5 juta rupiah (RM1,459) dan sebentuk cincin emas.

Rata-rata netizen teruja melihat perkahwinan tersebut dan ada pulak yang merasakan pasangan ni tak sesuai berkahwin sebab pengantin wanita nampak macam tak happy pulak di hari pernikahan tersebut.

 

Apa-apapun bagi admin, semuanya telah ditentukan Tuhan sebagai jodoh. Kita doakan yang baik-baik jelah ye! 

Baca: “Orang kaya kahwini orang miskin boleh kurangkan kadar kemiskinan negara” – Menteri Indonesia

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!