in

“First dos je dah mujarab” – Netizen ‘Share’ Pengalaman Sendiri Tengok Keberkesanan Vaksin Pada Warga Emas

Collage 14 E1622871728124

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 100 hari pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dah lebih 3.2 juta dos telah diberikan, pun begitu masih ramai lagi yang enggan daftar atau tak hadirkan diri untuk vaksinasi.


Malah di media sosial masih ramai orang-orang muda minta tips macam mana nak yakinkan ibu bapa mereka untuk daftarkan vaksin.

Untuk yang masih tak boleh nak yakinkan orang-orang tersayang tentang kebaikan vaksin, korang boleh tunjukkan beberapa kisah yang dikongsikan dekat bawah ni tentang keberkesanan vaksin.

Kisah #1: “Biasanya kalau dah umur ceni memang dah jalan”

“Atuk aku 83, positive covid, paru-paru dia dah 75% infected tapi dia dah ambil first dose AZ. He survived. Semalam dia dah discharge dari Hospital Sungai Buloh. But still guna sikit-sikit je lagi bantuan pernafasan. And yes vaccine works. Biasanya kalau dah umur ceni memang dah jalan.”

Kisah #2: “Keadaan dia tak teruk macam orang tua lain”

“My grandma 84 years old with asthma tested positive jugak. Tapi ambil one dose vaccine. Alhamdullilah she’s still stable cuma sakit and darah tinggi sikit. Dr kata, keadaan dia tak teruk macam orang tua lain sebab dah vaccinated and badan tak terlampau terkejut.”

1046328

Kisah #3: “No symptom”

“Mak saya pun positive raya ketiga haritu. Umur 70 tahun. No symptom. Baru vaccine first dose. Alhamdulillah dah balik rumah from warded dekat hospital. Warded pun doktor nak monitor sebab dia warga emas. Semoga parents kita semua dilindungi dan terus sihat.”

Kisah #4: “Family members lain semua positive ayah je negative”

“Ayah orang pun sama (dah vaksin)! Family members lain semua positive ayah je negative even lepas berpuluh kali swab sebab dah lengkap dua dose. Even ayah yang urus adik tiap-tiap hari time adik positive pun ayah still negative.”

Kisah #5: “Yang dah vaccine perfectly fine”

“So far dah jumpa tiga kes the whole household members infected, except the person yang dah vaksin. Ada satu kes the whole family including yang dah vaksin pun positif. Yang dah vaksin perfectly fine, yang lain belum vaksin perlukan oksigen.”

Sumber: Twitter

 

Baca: “Vaksin tak percaya, ini percaya pulak” – [VIDEO] Lepas Bunga Cengkih, Viral Pula Kopi Campur Clorox Penawar Covid-19!

Ft

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.