in

“Fikirlah Izz, abang Lop sentiasa ada walau susah atau senang. Demimu Izzah.”- Netizen Geli Geleman Baca Surat ‘Cinta’ Rani Kulup Buat Nurul Izzah.

Featured 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tidak kenal dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang dikenali sebagai wanita mempunyai karisma tinggi, lantang dalam menyuarakan pendapat dan menjadi pejuang sejati bagi sesetangah pihak.


Namun disebalik kelantangannya itu, ramai yang menaruh hati pada Nurul Izzah yang bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik dan manis malah personalitinya juga mempersonakan.

 

Nurul Izzah Anwar letak jawatan PAC sebab masalah dalaman?

Nurul Izzah baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila meletak jawatan sebagai Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), malah perkara itu disahkan sendiri Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.

Menurut Berita Harian, difahamkan tindakan Nurul Izzah meletakkan jawatannya itu adalah disebabkan isu kepimpinan dalam PAC.

54731370 10157110365872418 4856702508115951616 N
Sumber : facebook nurul izzah

Bagaimanapun itu bukan perkara utama yang admin ingin ceritakan dalam artikel ini sebaliknya membabitkan Ayahanda Abdul Rani Kulup..Mesti korang pelik kan, apa kaitan Rani Kulup dengan Izzah?

 

Rani Kulup tangkap ‘cintan’ dengan Nurul Izzah?

Actually laman media sosial terutamanya facebook sedikit ‘meriah’ selepas Ayahanda Abdul Rani Kulup menghantar ‘surat cinta’ kepada Nurul Izzah..Ramai yang kata Rani Kulup ni merepek je.

Kehadapan Nurul Izzah Anwar,Pada pandangan abang, tindakan Izz meletakkan jawatan adalah satu tindakan yang berani…

Posted by Ayahanda Abdul Rani Kulup on Sunday, March 24, 2019

Kalau sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menghantar surat terbuka menggunakan panggilan ‘kekanda adinda’, berbeza dengan Abdul Rani Kulup yang menggunakan panggilan ‘Bang Lop, Izz dan Awa‘.

Surat ini pun min ambil dari facebook Ayahanda Abdul Rani Kulup yang dimuatnaik semalam dan mendapat 5.5k likes dan 643 shares setakat ini.

Korang baca dan hayati okay :

Kehadapan Nurul Izzah Anwar,

Pada pandangan abang, tindakan Izz meletakkan jawatan adalah satu tindakan yang berani yang tak akan dilakukan oleh mana-mana yb yang kononnya sayangkan raykat melebihi sayang pada pangkat dan nama.

Ini adalah prinsip Izz yang abang lop sangat sanjungi. Dari dulu lagi abang dah risik risik Fb Izz. Dari izz berjuang untuk abah nwar, turun ke jalanan, kes tilam turon naik mahkamah pon abang lop still bersama Izz.. sampai ke warkah cordoba paling jilake dan memualkan…4 ari lop muntah baca orang tua merapu.. semuanya tu lop tak pernah lupa dan sentiasa percaya pada falasah cinta Izz. 

52337573 2288487128103593 4774914188927565824 N

Perbezaan pendapat tak memerlukan kita untuk mengalah. Namun perbezaan polisi, ini yang banyak menghalang reformasi kehidupan. Biarlah mereka sedar, Izz berjuang demi Malaysia. Bukan demi pangkat.

Berehatlah Izz, awa sudah terlalu penat. Awa menghabiskan masa usia muda awa untuk raykat. Awa berjuang untuk sinar baru Malaysia. Tapi akhirnya macam lagu BPR Dari Sinar Mata. Sekarang sudah sampainya masa, awa berehat.. duduk rumah… buat sesuatu yang awa suka. Menjahit ke, menganyam cinta ke, menyulam kasih ke..Kalau macam banglop, abang suka awa..

Atau cari seseorang… yang boleh jaga Izz.. Pesanan banglop..Toksah la cari ahli politik jugak..semuanya takde masa untok anak anak kita.

Carilah yang macam abang.. tiap pagi bawak akak pegi pasor.. beli ikan, siang ikan, basuh baju anak, gratuti 900k salam saham usb… Rasanya cukup untuk kita berdua makan bagi tahun pertama selepas pernikahan

Fikirlah Izz, abang sentiasa ada walau susah ataupun senang. Demimu Izzah.

Kesian, terima kasih.

Yang Benar,
Kekanda Lop

 

Fuhh! Bagi min memang berani habis Ayahanda Abdul Rani Kulup buat ni, meskipun mendapat kata-kata cacian dan makian para netizen.

Rata-rata mengatakan Ayahanda Abdul Rani Kulup sebagai masuk air dan tak sedar diri. Malah banyak lagi komen-komen lawak lain yang ditulis netizen yang nyata geli geleman dengan ‘surat cinta’ ini.

 

Tido2 laa yah..Meroyan je kerje.

1 27

 

“Semoga dapat welding of the year lop”

2 24
Sumber : facebook

 

Ayah nak jemput makan nasi minyak ayah dan yb izzah

3 17

Haishh tak baik tau netizen ni, mungkin Abang Lop memang ikhlas. Kahkahkah!

Baca : Faris cuma nak cakap, Faris rindu abah sangat-sangat- Remaja Tak Sangka Surat Terakhir Abah Merupakan Satu Petanda

Www

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.