in

“Fikir anak-anak je” – Bercuti di Resort Tepi Sungai, Wanita Risau Tiba-Tiba Air Naik Deras Hampiri Chalet

Kalumpang Resort Kepala Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah masuk bulan Oktober hingga ke hujung tahun ni, bagi mereka yang tinggal di Pantai Timur, sudah pastinya bersedia untuk mengharungi musim hujan dan banjir.



Meskipun selalunya mereka yang tinggal di Selangor ini jarang terjejas dengan bencana seperti ini, lain pula ceritanya bagi tahun ini apabila kita menyaksikan beberapa insiden kepala air berlaku di sungai-sungai dekat Selangor.

 

“Sebelum kejadian air tenang je…” 

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai @ciknorrisz di TikTok telah berkongsi pengalaman menakutkan yang berlaku kepadanya ketika bercuti di sebuah resort berdekatan salah satu sungai di Selangor.

Menurutnya, dia bersama keluarga telah bercuti di sebuah resort ini dan sebelum kejadian kawasan tersebut kelihatan baik-baik saja dan air juga ‘tenang’ seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Situasi Sebelum Kepala Air

Namun tak semena-mena hujan tiba-tiba turun dan air naik dengan deras sekali. Lebih menyeramkan, pada waktu malam air makin naik sehinggakan makin menghampiri chalet yang mereka tinggal yang dibina berdekatan sungai.

Tambah wanita ini lagi, kejadian tersebut juga menyebabkan owner serta staf di resort berkenaan berada dalam keadaan risau dan kelihatan mundar-mandir di kawasan tersebut.

Tiba-tiba je hujan… air naik deras. Dalam hati (fikir) anak je… Ya Allah. 

“Bila owner resort dan staff mundar-mandir. Ya Allah hati kita ni dah risau sangat-sangat. Tolong doakan air cepat surut ya sahabat-sahabat,” tulisnya.

@ciknorrisz

Doakan kite ya sahabat2…doakan air cepat surut😰😰😰

♬ original sound – ciknorris – ciknorris

 

“Kalau boleh buat masa sekarang tak yah lagi la main tempat air ni” 

Perkongsian berkenaan menimbulkan kebimbangan di kalangan netizen yang mana risau melihat keadaan air sungai yang kian naik dan keselamatan pengunjung di sana.

Apa-apapun ramai yang memberi nasihat supaya untuk jauhkan diri dari berkelah di kawasan pantai mahupun sungai dalam musim tengkujuh seperti sekarang  ini.

Musim Tengkujuh

Uish risau min tengok air naik deras macam tu. Sebaiknya janganlah bercuti di kawasan sungai atau pantai buat masa sekarang ni. 

Baca: “Alhamdulillah Allah selamatkan aku” – Cepat Bertindak, Lelaki Ini Kongsikan Petanda Kepala Air

Ft Mandi Air Terjun Sebelum Kepala Air

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.